
MANDAT terakhir Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Mohd Nazifuddin Najib adalah untuk memastikan Malaysia terus memberi tumpuan kepada sukan utama yang disenaraikan dalam Temasya Olimpik.
Beliau menekankan bahawa fokus tidak hanya perlu diberikan kepada sukan yang berpotensi membawa pulang pingat, tetapi juga kepada pembangunan sukan-sukan lain yang berpotensi meningkatkan prestasi negara di peringkat antarabangsa.
Itulah harapan tinggi yang disuarakan oleh Nazifuddin dalam usaha memperkukuh prestasi sukan negara di pentas antarabangsa,lapor Stadium Astro.
BACA LAGI: KDA FC kembali bernyawa, penaja baharu tampil selamatkan Sang Kenari musim depan
Selain itu, Nazifuddin menekankan pentingnya revolusi dalam sistem sukan sekolah di Malaysia agar ia lebih selaras dengan peringkat kebangsaan.
Beliau turut mencadangkan agar fasiliti, silibus dan pelantikan tenaga pengajar profesional dikaji semula bagi mencungkil bakat seawal peringkat sekolah.
Ia bertujuan untuk melahirkan lebih ramai atlet bertaraf Olimpian pada masa depan.
"Setahun sekali anjur sukan sekolah, tapi sistem persekolahan sekarang tiada proses yang menyokong kejayaan sukan secara lebih efektif.
"Ini adalah masanya untuk melihat semula keperluan tersebut," katanya.
Untuk rekod, sidang media tersebut merupakan yang terakhir buat Datuk Mohd Nazifuddin Najib setelah beliau memutuskan untuk tidak mempertahankan jawatannya selama dua penggal. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram