Berbeza karakter, Amri Yahyah-Indra Putra Mahayuddin tetap dalam radar Irfan Bakti 'join' Kelantan musim depan


  • Podium
  • Isnin, 14 Apr 2025

Irfan berhasrat bawa Amri Yahya ke Kelantan musim depan.

KELANTAN Red Warriors FC (KRW FC) merupakan sebuah kelab bola sepak baharu dari Kelantan yang sedang mencuri perhatian ramai, terutamanya peminat dan pemain bola sepak di peringkat akar umbi.

Walaupun masih muda dari segi usia penubuhan dan pengalaman dalam arena bola sepak profesional Malaysia, KRW FC menunjukkan semangat dan cita-cita besar untuk mencipta nama di peringkat lebih tinggi.

Kelab itu menjadi tumpuan sejak nama Irfan Bakti diumumkan sebagai jurulatih utama dengan reputasi beliau sebagai antara jurulatih paling berpengalaman dalam bola sepak tempatan.

BACA LAGI: [VIDEO] Rindu kelibat Ramez Dayoub, Selangor mungkin boleh pancing 3 pemain persis import Lubnan

BACA LAGI: Beri jersi kepada Tengku Mahkota Pahang, Tok Gajah bakal rekrut import Nepal musim depan?

Pelantikan itu dilihat sebagai langkah serius KRW FC dalam membina asas kukuh dan hala tuju yang profesional.

Sebelum ini, KRW FC turut giat memperkuatkan pasukan mereka dengan mengadakan sesi pemilihan pemain secara terbuka di beberapa lokasi sekitar negeri Kelantan.

Usaha itu dilakukan sebagai langkah proaktif kelab dalam memburu bakat-bakat tempatan yang berpotensi tinggi untuk diserap ke dalam skuad utama menjelang musim baharu saingan bola sepak domestik.

Namun begitu, Irfan turut tidak menyembunyikan impiannya untuk merekrut beberapa bintang ternama sekiranya KRW FC beraksi dalam saingan domestik.

Bekas pengendali Selangor FC itu mahu membawa seorang pemain yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan dalam bilik persalinan seperti Amri Yahyha.

"Macam sekarang Amri Yahyah tiada pasukan, saya ada berhajat untuk membawanya ke Kelantan musim depan.

"Kerana Amri mempunyai ciri-ciri kepimpinan walaupun kita tahu dia ada perangai nakalnya dan budak-budak akan mendengar apa dia kata.

"Saya tahu perangai nakalnya dah kepimpinan dalam bilik persalinan itu sebab dia pernah duduk bawah saya dulu.

"Sebab saya memerlukan pembantu untuk di atas padang bagi memudahkan tugas ketika perlawanan," katanya kepada Majoriti.

Irfan juga tidak menolak untuk membawa kembali legenda Kelantan, Indra Putra Mahayuddin bagi memperkuatkan KRW FC musim depan.

"Tidak mustahil untuk membawa Indra Putra kembali ke Kelantan kerana kita tahu pengaruh dia di negeri ini macam mana.

"Tetapi buat masa sekarang saya memerlukan pemain yang ada karakter kepimpinan untuk membantu saya.

"Indra mungkin tiada gaya (kepimpinan) itu tapi budak-budak masih dengar dan hormat dia kerana status dia dalam Liga Malaysia," jelasnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram