Jentera tengah HM bakal terima sentuhan baharu, anak didik Fernando Torres disebut ada darah Malaysia


  • Podium
  • Ahad, 13 Apr 2025

Gonzalez ketika bersama pasukan Sepanyol iaitu Atletico Sanluqueno CF. — Agensi

PENCARIAN pemain warisan baharu untuk memperkuatkan Harimau Malaya masih diteruskan dengan khabar angin terkini mendakwa bahawa seorang pemain muda di Sepanyol akan menyertai skuad Peter Cklamovski.

Menerusi hantaran dari pemerhati bola sepak tanah air, Syafiq Freman di laman X miliknya memberitahu pemain muda berkenaan dilahirkan di Tegueste iaitu sebuah kawasan perbandaran di Sepanyol.

"Lagi pemain warisan baharu tinggi lampai (CM) kelahiran Tegueste, Sepanyol dilaporkan bakal warnai skuad kendalian Peter Cklamovski. Masih muda dan beraksi bersama salah sebuah skuad muda gergasi Sepanyol. #longterm," tulisnya pada Sabtu.

BACA LAGI: 'Terima kasih TMJ', Mark Milligan tinggalkan Harimau Malaya, cuma sempat satu perlawanan

BACA LAGI: 'Jodoh tak panjang', Milligan dilaporkan tinggalkan Harimau Malaya

Walaupun tidak menyebut nama atau memberi lagi petunjuk mengenai pemain berkenaan, namun sudah ada penyokong yang membuat tekaan mengenai identitinya. Antara yang dikaitkan ialah Joaquin Gonzalez.

Gonzalez yang dilahirkan di Tegueste itu menepati kriteria berdasarkan sedikit petunjuk oleh pemerhati sukan berkenaan apabila pemain berusia 24 tahun itu juga beraksi di posisi cental midfield.

Berdasarkan profil Gonzalez di laman sesawang Transfermarkt, pemain berketinggi 1.85 meter itu kini beraksi bersama Atletico Madrid B untuk saingan divisyen ketiga dalam Liga Sepanyol.

Sebelum bersama skuad bimbingan legenda Liverpool iaitu Fernando Torres, Gonzalez bersama beberapa pasukan Sepanyol iaitu Atletico Sanluqueno CF (Ogos 2023-Julai 2024), Las Palmas Atletico (Julai 2022- Ogos 2023), UD Las Palmas C (Januari 2021-Julai 2022) dan UD Guia.

 

 

Pemain yang kini mempunyai nilai pasaran €150,000 (RM750,000) berkenaan sudah beraksi dalam 21 perlawanan bersama Atletico Madrid B dan menyumbang satu gol serta satu bantuan jaringan, sejak dia menyertai kelab itu pada Julai 2024.

Sekiranya Gonzalez akan menyarung jersi skuad kebangsaan, dia akan menjadi pemain kedua berdarah Sepanyol yang direkrut dalam Harimau Malaya pada tahun ini. Sebelumnya, Gabriel Palmero sudah diumumkan sebagai warisan baharu Malaysia pada Mac lepas.

Selain Palmero, Hector Hevel juga diumumkan pada Mac lepas dan sudah merekodkan kaps pertama bersama skuad kebangsaan dalam aksi menentang Nepal bagi perlawanan Kumpulan F, Kelayakan Piala Asia 2027.

Manisnya aksi tersebut, pemain warisan baharu, Hector Hevel menampilkan aksi cemerlang dalam perlawanan sulungnya bersama skuad kebangsaan dengan menyumbang satu gol pada minit ke-29 menerusi satu rembatan padu dari luar kotak penalti. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram