[VIDEO] Kedah perlu selesai tunggakan gaji sebelum 30 April


  • Podium
  • Sabtu, 12 Apr 2025

Walaupun tekanan luar padang semakin memuncak, motivasi pasukan Sang Kenari kekal utuh, mencerminkan semangat juang yang tinggi. — Facebook/KDAFC

PIHAK pengurusan Kedah Darul Aman FC kini berdepan tekanan besar apabila tarikh akhir pembayaran tunggakan gaji pemain sehingga Disember 2024, berjumlah lebih RM7 juta perlu diselesaikan selewat-lewatnya pada 30 April ini.

Tarikh akhir itu telah ditetapkan oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dan ia merupakan langkah penting dalam memastikan pengurusan kewangan kelab berada dalam keadaan stabil dan teratur.

Kegagalan untuk melunaskan bayaran tersebut boleh menjejaskan status penyertaan KDA FC dalam saingan musim hadapan, sekali gus memberi kesan besar kepada masa depan kelab serta pemain-pemain yang terlibat.

BACA LAGI:[VIDEO] 'Memalukan', Jojo sound aksi 'panas' Face-Off Fury Championship

BACA LAGI:Bukan hanya 'Husin', bek kental perkuat semula skuad Jang berdepan KDN

Perkara tersebut dikongsikan oleh pemerhati sukan tanah air, Fina Nasrom di laman X pada Sabtu.

“Tarikh akhir pembayaran gaji pemain sehingga Disember 2024 berjumlah lebih RM7 juta ringgit Malaysia perlu diselesaikan pengurusan Kedah sebelum atau pada 30 April ini.

“Itu tarikh akhir dari MFL. Jika ia tidak berlaku, status Kedah musim depan bakal terjawab,” tulisnya.

Dalam masa yang sama, Pengurus KDA FC, Ahmad Fauzi Saari berkongsikan bahawa pasukannya tetapfokus terhadap aksi di padang dengan sasaran untuk meraih tiga mata dalam perlawanan terakhir di tempat sendiri musim ini.

Menurutnya, jurulatih dan pemain dilihat bersemangat tinggi dalam sesi latihan dan tekad untuk menutup kempen di laman sendiri dengan kemenangan jelas terpancar.

Tambah legenda Kedah itu, walaupun tekanan luar padang semakin memuncak, motivasi pasukan kekal utuh, mencerminkan semangat juang yang tinggi dalam menghadapi cabaran di saat genting.

“Kami tetap berusaha untuk mendapatkan tiga mata. Seperti biasa, setiap perlawanan kami sasarkan kemenangandan kami harap aksi terakhir di laman sendiri musim ini akan berakhir dengan kejayaan.

“Saya juga lihat para pemain bersemangat dan bermotivasi sepanjang dua sesi latihan terakhir. Memang ada tekad untuk menamatkan aksi di tempat sendiri dengan tiga mata,” katanya.—Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram