
JOHOR Darul Ta'zim (JDT) dikatakan bakal menerima sentuhan dari Eropah apabila penyerang muda Paris Saint-Germain FC (PSG), Ilyes Housni dilaporkan berpotensi menyertai pasukan Selatan tanah air itu menerusi pinjaman.
Berita baik mengenai kemungkinan Johor Darul Ta'zim (JDT) menerima sentuhan Eropah telah dikongsikan oleh laman Instagram @palatao_bola.
"Hanya Ilyes Housni bakat realistik dihantar ke JDT dan pernah dihantar ke Liga Qatar.
"Untuk pinjaman pemain, skuad PSG sudah lepaskan ramai pemain berumur. Ilyes Housni paling realistik pernah dipinjamkan ke Al Sadd tetapi dia juga bakal dijual pada Jun 2025," katanya.
BACA LAGI: [VIDEO] 'Marilah ke stadium', KDA FC tagih kehadiran fans gamatkan aksi terakhir di Darul Aman
BACA LAGI: [VIDEO] Kedah tidak sendirian, ada lagi 3 kelab lain termasuk Selangor bolos lebih 6 gol musim ini
Penyerang muda PSG, Ilyes Housni. — Instagram/ilyes.hsn
Untuk rekod, penyerang muda berusia 19 tahun itu sebelum ini pernah dipinjamkan ke salah satu kelab Liga Qatar, Al-Sadd bagi muism 2023 dan kembali ke PSG pada 30 Jun 2024.
Selepas itu, pada Ogos 2024, Housni sekali lagi dipinjamkan ke Le Havre AC dan kontraknya dijangka tamat pada 30 Jun 2025.
Spekulasi mengenai kemungkinan Housni menyertai JDT semakin kuat, memandangkan kontraknya secara pinjaman bersama Le Havre akan berakhir tidak lama lagi.
Pemain yang memiliki ketinggian 1.72 meter itu dilihat sebagai calon realistik untuk memperkuat jentera serangan JDT musim depan.
Bagaimanapun, tiada pengumuman rasmi dibuat oleh pihak JDT atau PSG mengenai perpindahan tersebut
Terdahulu, Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dijemput sebagai tetamu khas Presiden Paris Saint-Germain FC (PSG), Nasser Al-Khelaifi untuk melawat pusat latihan serba canggih kelab itu di Paris, Perancis. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram