[VIDEO] 'Marilah ke stadium', KDA FC tagih kehadiran fans gamatkan aksi terakhir di Darul Aman


  • Podium
  • Jumaat, 11 Apr 2025

Sebahagian sesi latihan terakhir Sang Kenari sebelum perlawanan menentang Sabah FC di laman sendiri pada Sabtu. — Facebook/KDAFC

KEDAH Darul Aman FC menyeru agar penyokong setianya untuk hadir ke Stadium Darul Aman, Kedah bagi menyaksikan perlawanan terakhir mereka di laman sendiri musim ini.

Perlawanan terakhir Sang Kenari dalam saingan Liga Super 2024 akan menyaksikan mereka berdepan cabaran sengit menentang Sabah FC pada Sabtu (12 April).

Pasukan dari Borneo itu pastinya bukan lawan yang mudah, terutama selepas mereka baru sahaja mencatatkan kemenangan tipis 1-0 menewaskan PDRM FC di laman sendiri pada Selasa (8 April).

BACA LAGI: [VIDEO] Kedah tidak sendirian, ada lagi 3 kelab lain termasuk Selangor bolos lebih 6 gol musim ini

BACA LAGI: Sanggup turunkan pemain senior, fans anggap lawan cuba gagalkan misi Selangor julang Piala MFL

Di atas kertas, Sabah FC kini berada dalam momentum terbaik dan berpeluang untuk mengekalkan kedudukan mereka di tempat ketiga carta liga, menjadikan mereka lawan yang amat berbahaya bagi Kedah.

Bagi meraih sokongan daripada penyokong setia, KDA FC menerusi sebuah hantaran video penuh emosi di TikTok mengajak semua peminat untuk memeriahkan perlawanan terakhir ini.

"Marilah, jenguk kami di stadium 12 April ini, last home game musim ini, last home game, last... kami teringin nak tengok stadium penuh... last," tulisnya.

Apa yang menarik perhatian adalah perkongsian itu seakan memberi petunjuk bahawa ia adalah aksi terakhir Sang Kenari dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).

Walau bagaimanapun, ia tidak menyatakan dengan jelas sama ada tiada lagi perlawanan bola sepak di Stadium Darul Aman untuk musim ini atau sebaliknya.

Sebelum ini, terdapat khabar angin yang mendakwa Kedah mungkin akan meninggalkan Liga M, namun status tersebut masih belum jelas.

Untuk rekod, Kedah kini berdepan dengan masalah kewangan yang semakin meruncing. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram