'Jeneral' Sabah FC puji Arif Aiman konsisten capai perkara sukar dalam bola sepak


  • Podium
  • Jumaat, 11 Apr 2025

Arkitek tengah Sabah FC, Stuart Wilkin mempamerkan aksi konsisten dan berkualiti tinggi dalam saingan Liga Malaysia. — Facebook/Sabahfc

BUKAN sesuatu yang mengejutkan buat peminat bola sepak tanah air apabila melihat nama Stuart Wilkin terpampang dalam senarai tiga calon akhir untuk merebut Pemain Tengah Terbaik bagi Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2024-2025.

Arkitek tengah Sabah FC itu mempamerkan aksi konsisten dan berkualiti tinggi apabila dia merekod enam gol keseluruhan dan lima bantuan gol dalam saingan Liga Super untuk membantu pasukan menghuni di tangga ketiga selepas 22 perlawanan.

"Saya rasa sangat gembira diiktiraf dengan pencalonan bagi anugerah ini, kerana terdapat ramai pemain tengah hebat yang turut menunjukkan prestasi cemerlang musim ini dan sudah tentu akan menjadi sesuatu yang hebat jika menang.

“Tetapi untuk dicalonkan bersama dengan beberapa pemain terbaik negara sebenarnya sudah cukup untuk membuatkan saya gembira,” katanya menerusi laporan MFL.

BACA LAGI: 'Tempoh pinjaman tamat pada Jun', striker muda PSG disebut-sebut ‘on loan’ ke JDT

BACA LAGI: [VIDEO] Kedah tidak sendirian, ada lagi 3 kelab lain termasuk Selangor bolos lebih 6 gol musim ini

Jeneral tengah Sabah FC, Stuart Wilkin. Facebook/Sabahfc

Bagaimanapun, Stuart Wilkin berdepan saingan hebat untuk memenangi trofi ABK kali ini apabila dua bintang Arif Aiman Hanapi dari Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Safawi Rasid (Terengganu FC) turut dicalonkan.

Bagi Stuart Wilkin, dia mengagumi dua pemain itu khususnya Arif Aiman yang dianggap seorang pemain hebat kerana berjaya mengekalkan tahap prestasi yang tinggi selama beberapa tahun, dan itu adalah antara perkara yang paling sukar dilakukan dalam bola sepak.

Selain kecemerlangannya di peringkat kelab, Stuart Wilkin juga semakin mencipta nama bersama skuad Harimau Malaya dengan mencatat 17 caps antarabangsa setakat ini.

ABK 2024-2025 ini akan berlangsung pada 23 April 2025 (Rabu) yang bakal disiarkan secara langsung di saluran Astro Arena. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram