
SUDAH menjadi kebiasaan buat mana-mana pemain untuk menceburi bidang lain selepas menamatkan karier demi menampung perbelanjaan diri dan keluarga jika tidak mahu kekal terlibat dalam sukan itu.
Bagaimanapun, kerap kali kita mendengar bagaimana seseorang itu memilih untuk 'terjun' ke dalam kerjaya berbeza yang tidak menjanjikan pendapatan lumayan selepas menamatkan karier.
Antara yang berbuat demikian ialah bekas pertahanan Barcelona, Jeremy Mathieu yang baru-baru ini mencipta kejutan apabila dilihat bekerja sebagai kakitangan dalam sebuah kedai peralatan sukan.
BACA LAGI: Bintang Barcelona, Bayern sesuai jadi 'pairing' Konate andai Van Dijk tinggalkan Liverpool
BACA LAGI: Gagal didaftarkan, bintang Barcelona mula direbut Man United, Liverpool
Mathieu membantu Barcelona menjulang UCL dalam musim debut bersama kelab Sepanyol itu. — Agensi
Pemain yang pernah beraksi buat beberapa kelab sekitar Eropah itu cukup dikenali semasa beraksi buat skuad La Blaugrana selama tiga musim bermula 2014 dengan pelbagai kejayaan pernah dikecapinya.
Ini termasuk pencapaian bersejarah bersama kelab Sepanyol itu menjulang lima gelaran dalam tempoh setahun pada musim pertamanya, termasuk trofi La Liga dan Liga Juara-Juara UEFA (UCL).
Malah, di peringkat antarabangsa pula, dia juga pernah beraksi sebanyak lima kali buat skuad Le Blues sepanjang karier, namun tidak berkesempatan bermain dalam mana-mana kejohanan besar.
Jadi, tidak hairanlah apabila orang ramai terkejut mengetahui Mathieu hanya bekerja di kedai peralatan sukan sekitar Marseille, Perancis selepas mengumumkan persaraan kira-kira lima tahun lalu.
Mathieu (tengah) sempat meluangkan masa bersama pengunjung kedai yang mengenalinya. — Agensi
Meskipun ramai mempersoalkan keputusan diambilnya, masih ada pihak menyokong pendekatan dipilihnya dengan beranggapan dia mahu terlepas daripada perhatian media.
Tidak cukup dengan itu, sesetengah penyokong berasakan sumber pendapatan yang dipilih Mathieu membuktikan dirinya tidak pernah melupakan asal usul walaupun pernah dikenali ramai satu ketika dahulu.
Selain itu, laporan semasa mengatakan dia yang kini berusia 41 tahun hanya bekerja sambilan di kedai itu kerana sedang dalam usaha memperolehi lesen kejurulatihan.
Untuk rekod, Mathieu pernah beraksi di kelab-kelab ternama seperti Sochaux dan Toulouse di Perancis serta gergasi bola sepak Portugal, Sporting CP yang merupakan pasukan terakhirnya.
Selain membantu Barcelona menjulang enam trofi pada 2016, dia juga mengecapi pelbagai kejayaan lain dalam kariernya yang menceritakan kariernya dalam dunia bola sepak tidaklah begitu mengecewakan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram