
PENYERANG sensasi, Marcus Rashford, menampilkan persembahan luar biasa untuk membantu Aston Villa melangkah ke separuh akhir Piala FA musim ini.
Dalam perlawanan suku akhir menentang Preston North End pada Ahad, Villa meraih kemenangan selesa 3-0, sekali gus mengukuhkan peluang mereka untuk menamatkan kemarau kejuaraan Piala FA yang telah berlarutan selama 68 tahun.
Rashford, yang menyertai Villa secara pinjaman daripada Manchester United sejak Januari lalu, menjadi watak utama dengan dua jaringan penting pada minit ke-58 dan ke-63.
BACA LAGI: Gaji mininum Liga M RM3,000? Ada pemain tak sanggup 'downgrade' jika ubah struktur bayaran
BACA LAGI: [VIDEO] 'Mari tumbuk aku', Johan Ghazali cabar lelaki pukul wanita di Senawang
Pemain tengah berbakat, Jacob Ramsey, melengkapkan kemenangan gemilang skuad kendalian Unai Emery dengan satu lagi gol, memastikan Villa mara ke separuh akhir yang bakal berlangsung di Stadium Wembley bulan depan.
Kejayaan ini menandakan kali pertama Villa berjaya menempah tempat di separuh akhir Piala FA dalam tempoh sedekad, kali terakhir mereka melakukannya ialah pada tahun 2015 ketika muncul sebagai naib juara kejohanan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram