
MUSIM ini nyata mencabar buat pertahanan kiri Liverpool iaitu Andy Robertson apabila dia berdepan kesukaran untuk mengekalkan prestasi cemerlangnya.
Beberapa kesilapan yang dilakukannya menyebabkan The Reds berdepan kesukaran. Malah, ada juga kerananya, Liverpool keciciran mata dalam misi merangkul gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL).
Kritikan penyokong terhadapnya jelas pedas, malah ada yang mahu dia pergi. Namun baru semusim berprestasi 'hauk', Robertson masih wajar diberikan peluang untuk kekal di Anfield musim depan.
BACA LAGI: Ada lagi pemain Liverpool beri bayangan ikut Trent Alexander-Arnold ke Real Madrid
BACA LAGI: Bahagian tengah Liverpool terancam, Celtic berminat rekrut bintang Jepun
Masih ada waktu untuk beri impak
Melihat kepada usianya mencecah 31 tahun, ramai yang mengkritik persembahan Robertson menganggap masanya sudah tamat kerana faktor umur.
Ramai yang mahukan Arne Slot mula mencari pengganti Robertson yang lebih muda dengan nama seperti Milos Kerkez, Rayan Ait-Nouri dan Miguel Gutierrez.
Milos Kerkez disebut sebagai pengganti Robertson.
Akan tetapi, walaupun sudah berusia 31 tahun, Robertson masih mampu memberikan impak kepada skuad Liverpool dengan persembahannya di dalam padang. Sama seperti Mohamed Salah dan Virgil van Dijk yang seusia dengannya, Robertson masih mampu beraksi pada tahap tertinggi.
Dengan kontraknya menghampiri penamat pada pertengahan 2026. Jika Liverpool benar-benar mahu move on, mereka boleh biarkan saja dia menghabiskan kontraknya di Anfield tanpa perlu dijual.
Struktur pasukan boleh roboh
Dengan desakan kuat daripada sebahagian penyokong Liverpool yang mahukan Robertson meninggalkan kelab, ia mampu mengancam struktur skuad The Reds.
Hal ini kerana, Liverpool berdepan potensi untuk kehilangan tiga pemain senior musim ini iaitu Salah, Van Dijk dan Trent Alexander-Arnold.
Virgil van Dijk antara yang disebut meninggalkan Liverpool pada akhir musim ini.
Seandainya ketiga-tiga pemain itu pergi dan Robertson juga ikut sekali, Liverpool akan kehilangan begitu ramai pemain senior berpengaruh dalam bilik persalinan, meninggalkan Alisson Becker sendirian di Anfield.
Oleh itu, Slot dan Liverpool perlu bijak menangani situasi ini. Jika ia berlaku, The Reds berdepan isu untuk kekal mencabar kejuaraan musim depan.
Nak jual juga? Sekarang waktunya!
Namun begitu, potensi untuk menyaksikan Robertson meninggalkan Liverpool masih ada. Dengan faktor usianya dan kemahuan Liverpool mencari pemain lebih muda, tidak terkejut jika kapten Scotland itu dijual.
Ia turut ditambah dengan faktor kontrak Robertson tinggal setahun saja. Jika Liverpool mahu menjualnya, ini adalah waktu terbaik.
Robertson (kanan) hanya ada baki setahun dalam kontrak Liverpool.
Jika Liverpool benar-benar mahu melepaskan Robertson, mereka mesti menjualnya pada musim panas kelak sebelum kontraknya memasuki tempoh enam bulan terakhir.
Kalau tidak, The Reds akan mengigit jari kerana bakal kehilangan Robertson secara percuma apabila kontraknya selesai. Jadi Liverpool, fikirlah dengan sebaiknya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram