'Pernah bergelar beregu campuran ke-3 terbaik dunia', BAM sahkan Tang Jie-Ee Wei berpisah


  • Podium
  • Jumaat, 28 Mac 2025

Tang Jie-Ee Wei tidak lagi bergandingan selepas BAM memutuskan untuk memisahkan mereka. — Facebook/BAM

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan gandingan beregu campuran negara, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei akan dipisahkan susulan keputusan yang diambil dalam mesyuarat Jawatankuasa Prestasi baru-baru ini.

Pemangku Presiden BAM yang juga Pengerusi Jawatankuasa Prestasi, Datuk V Subramaniam menjelaskan bahawa keputusan itu dibuat berdasarkan cadangan daripada panel kejurulatihan selepas perbincangan terperinci.

BACA LAGI: Bola sepak Malaysia masih jauh dari tahap profesional, ibarat 'penutup' buat pemain tempatan — Bobie Farid

BACA LAGI: Kita tanggung RM200,000 sebulan supaya KDA FC dapat lesen MFL, tak bising pun — Sanusi

"Kami telah menerima laporan dan cadangan akhir daripada Nova Widianto dan Rexy Mainaky.

"Pasangan ini akan dipisahkan untuk kejohanan akan datang. Kami telah bersetuju untuk memberi sedikit masa kepada jurulatih untuk mencuba kombinasi yang mungkin," katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Jumaat.

Sejak digandingkan pada hujung 2022, Tang Jie-Ee Wei berjaya meraih tiga gelaran Jelajah Dunia BWF iaitu Masters Orleans 2023, Terbuka Taiwan 2023 dan Terbuka Korea 2024.

Manisnya, sejak 2023, Tang Jie-Ee Wei pernah bergelar beregu campuran ketiga terbaik dunia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram