[VIDEO] 'Tak sangka menjadi', Corbin Ong kongsi rahsia percaturan cetak gol berdepan Nepal


  • Podium
  • Rabu, 26 Mac 2025

Corbin Ong muncul selaku pencetak gol kedua buat Harimau Malaya selepas memanfaatkan peluang dalam situasi set-piece. — Facebook/MalaysiaNT

TONGGAK Johor Darul Ta'zim (JDT), Corbin Ong muncul sebagai pencetak gol kedua buat Harimau Malaya dalam perlawanan menentang Nepal yang menyaksikan kemenangan 2-0 untuk Malaysia.

Gol tersebut hadir pada minit ke-70, memastikan tiga mata penuh milik skuad kebangsaan dalam aksi kempen Kelayakan Piala Asia 2027 yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Johor pada Selasa.

Menerusi satu hantaran yang dikongsikan oleh pemerhati sukan tanah air, Zulhelmi Zainal Azam di laman X, Corbin berkongsikan rahsia di sebalik percaturan gol tersebut yang tercipta menerusi situasi set- piece.

BACA LAGI: Sebelum ke Liga Super, ‘ubi muda’ Penang, Pahang, Terengganu dulunya beraksi di Piala MFL

BACA LAGI: 'Liga tak stabil, peluang terhad', jurulatih veteran anggap rugi Piala MFL dimansuhkan

Menurut Corbin, gol yang dihasilkan oleh Malaysia itu adalah hasil latihan yang dilakukan oleh skuad kebangsaan bersama jurulatih 'set-piece'.

“Kami baru sahaja menjalani latihan set-piece sekali pada Selasa. Tak sangka hari ini, ia berjaya menjadi.

"Jurulatih set-piece yang mengeluarkan idea itu dan baguslah ia terhasil seperti mana kami mahukan," katanya. 

Gol Corbin adalah bukti kejayaan percaturan taktikal yang diterapkan oleh jurulatih tersebut dan menariknya para pemain berhasil memanfaatkan peluang dalam situasi set-piece.

Aksi cemerlang itu turut mengukuhkan kedudukan Corbin sebagai pemain penting dalam barisan pertahanan dan serangan Harimau Malaya.

Selain Corbin, pemain warisan baharu, Hector Hevel yang baru lapan hari bersama skuad kebangsaan berjaya meledak gol pembukaan pada penampilan sulungnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram