'Kalah menang belakang cerita', fans Tok Gajah cuma mahu 'enjoy' final Piala Malaysia


  • Podium
  • Selasa, 25 Mac 2025

Sebahagian sesi latihan skuad Tok Gajah sebagai persiapan menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia 2024 menentang Harimau Selatan.— Facebook/Sripahangfc

DI atas kertas, faktor kemenangan dilihat lebih menyebelahi Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2024 menentang Sri Pahang FC pada 26 April depan.

Skuad Harimau Selatan mencatatkan rekod cemerlang dengan tidak pernah tewas dalam perlawanan Liga Malaysia musim ini, menjadikan mereka pilihan utama untuk menjuarai kejohanan berprestij itu.

Dengan rekod yang kukuh, tugas berat pastinya menanti skuad Tok Gajah untuk meraih keputusan positif dalam aksi final tersebut.

BACA LAGI: Posisi terkini Dion Cools antara 3 input menarik pertembungan Malaysia-Nepal

BACA LAGI: Jarak jauh, banjir di Johor dikatakan punca jualan tiket HM-Nepal 'sendu'

Perlawanan akhir Piala Malaysia kini kembali ke tarikh asal, iaitu 26 April 2024. — Facebook/JST

Walaupun sudah bersedia dari segi serangan dan pertahanan, kualiti yang dimiliki oleh anak-anak buah Hector Bidoglio dilihat mampu menggagalkan impian Sri Pahang untuk bergelar juara Piala Malaysia.

Namun begitu, ramai penyokong Tok Gajah seakan sudah reda dengan keputusan yang mungkin bakal terhasil di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Ada juga yang berpendapat, sama ada menang atau kalah bukanlah perkara utama, yang penting adalah untuk bersama-sama meraikan kehebatan final Piala Malaysia ini.

"Kalah menang lain cerita, janji suasana final itu yang kita nak rasa, kita enjoy saja," kata Norezwan Aswadi Aziz.

"Kalau kalah tak hairan, kalau menang dengan izin ALLAH, Alhamdullilah, santai-santai saja layan game final ini, seronok-seronok saja layan suasana final," kata Burhan Nullah.

"Rezeki Sri Pahang dapat masuk final, kalah sudah pasti cuma enjoy the moment, ada juga title naib juara," kata Faiz Amin. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram