
SAINGAN Liga Super musim depan dijangka kurang mendapat sambutan susulan khabar angin tentang penarikan diri beberapa pasukan akibat kekangan bajet sehingga berlakunya isu tunggakan gaji.
Disebabkan isu tersebut, pihak pengurusan kelab dinasihatkan untuk mengambil langkah berjimat-cermat pada musim depan supaya tidak menganiaya pemain-pemain yang mewakili pasukan mereka.
Kerasukan pihak pengurusan untuk membawa pemain import jauh seperti di benua Afrika, Eropah dan Amerika Selatan memaksa pihak pengurusan untuk mengeluarkan dana yang banyak.
BACA LAGI: [VIDEO] Bukan biasa-biasa, JDT pernah dicabar hebat 3 bintang dunia termasuk Iniesta
BACA LAGI: Thomas Tuchel kritik Arsenal terlebih 'perah' khidmat pemain utama
Sering melihat pemain import yang jauh, pihak pengurusan Liga Super terlepas pandang akan bintang dari rantau Asean seperti liga negara jiran, Singapura.
Untuk info sejak kebelakangan ini, Singapura sering melahirkan bakat-bakat dari Jepun selepas adanya Albirex Niigata Singapore sejak 2004.
Majoriti senaraikan tiga bintang Jepun berkualiti yang boleh disambar kelab Liga Super musim depan:
1. Tomoyuki Doi
Penjaring terbanyak Liga Singapura, Tomoyuki Doi antara calon yang layak menyertai Selangor musim depan apabila meledak 44 gol dalam 28 penampilannya musim ini.
Kontrak Doi yang tamat pada 30 Jun nanti membolehkan kelab-kelab Liga Super untuk mendapatkannya secara percuma daripada Geylang International.
Ini bukan pertama kali Doi berjaya menjadi penjaring terbanyak di Kota Singa itu apabila dia pernah meraihnya ketika bersama Hougang United pada musim 2020/21.
Pemain berusia 28 tahun itu juga pernah berkelana ke Eropah pada 2023 untuk menyertai FK Bylis di Albania sebelum pulang ke Singapura musim ini.
2. Kodai Tanaka
Bekas pemain paling bernilai Liga Singapura 2022, Kodai Tanaka antara calon sesuai untuk beraksi di Liga Malaysia musim depan.
Pemain berusia 26 tahun itu telah menjaringkan 20 gol dan 13 'assist' dalam 25 penampilan musim ini bersama Balestier Khalsa.
Sejak beraksi di Liga Singapura, Tanaka telah merekodkan 66 gol dan 24 'assist' dalam 66 penampilannya.
3. Ryoya Taniguchi
Ryoya Taniguchi, pemain tengah berusia 25 tahun dari Kanazawa, Jepun, telah memberikan impak yang signifikan sejak menyertai Geylang International FC pada 2023.
Dikenali sebagai salah seorang pemain tengah terbaik dalam liga, Taniguchi terkenal dengan kebolehan menjaringkan gol, kemahiran sepakan percuma dan kebolehan membuat hantaran yang tepat.
Pada musim 2024/25, Taniguchi tampil cemerlang dengan membuat 27 penampilan dalam semua pertandingan, termasuk 24 penampilan Liga Singapura dan tiga dalam Piala Singapura.
Pencapaian peribadi dan sumbangan Taniguchi yang konsisten telah membantu Geylang International mencapai kedudukan yang baik dalam liga, memperkukuhkan status mereka sebagai salah satu pasukan utama dalam bola sepak Singapura. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram