
JOHOR Darul Ta'zim (JDT) musim ini berada di kelas tersendiri apabila mendapat liputan dunia apabila membawa masuk ramai pemain-pemain berstatus bintang.
Antara pemain yang dibawa masuk oleh JDT ialah Roque Mesa, Jonathan Viera, Samu Catillejo, Alvaro Gonzalez dan Jese Rodriguez.
Namun begitu, sebelum JDT berjaya membawa masuk pemain-pemain yang sudah mencipta nama di Eropah, Harimau Selatan terlebih dahulu perlu bertemu dengan nama-nama besar terutamanya di saingan antarabangsa.
BACA LAGI: Luis Garcia ada kredibiliti, bagi nasihat penstrukturan gaji kelab Liga Super
BACA LAGI: [VIDEO] Pernah beraksi di Juventus, Selangor hampir bawa Han Kwang-song sarung jersi Gergasi Merah
Majoriti senaraikan tiga bintang yang sudah mencipta nama di Eropah pernah bertemu mengagalkan hasrat JDT:
1. Andres Iniesta
Siapa sangka, JDT pernah bertemu dengan legenda FC Barcelona dan Sepanyol, Andres Iniesta dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) pada 2020.
Iniesta yang ketika itu mewakili kelab Jepun, Vissel Kobe mudah menundukkan JDT dengan keputusan 5-1 di Stadium Park Misaki pada 12 Februari 2020.
Jaringan hatrik Keijiro Ogawa dan gol dari Kyogo Furuhashi serta Douglas meranapkan impian JDT untuk mengutip tiga mata pertama Kumpulan G ACL 2020.
2. Marouane Fellaini dan Graziano Pelle
Dua bekas pemain import bertaraf dunia, Marouane Fellaini dan Graziano Pelle pernah mengecewakan JDT dalam saingan ACL 2019 di Stadium Pusat Sukan Olimpik, China pada 9 April 2019.
Dua pemain yang ketika itu mewakili Shandong Luneng begitu bersemangat dalam usaha membolosi gawang JDT yang berakhir dengan kemenangan 2-1.
Gol yang dinantikan Shandong menjelma pada minit ke-30 apabila Fellaini menanduk masuk bola hasil sepakan sudut Hao Junmin walaupun sudah dikawal dengan cukup rapi oleh La’Vere Corbin-Ong.
Skuad bimbingan Li Xiaopeng menambah jaringan kedua menerusi sepakan penalti yang disudahkan Pelle pada minit ke-39 walaupun Farizal Marlias sudah berjaya mengagak dengan tepat sepakan tersebut.
Gol sagu hati JDT dijaringkan oleh Safawi Rasid menerusi jaringan berkelas dunia diledakkan hasil rembatan dari luar kawasan penalti yang melencong ke ‘top corner’ pintu gol Shandong Luneng. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram