
ADAKAH anda tahu Selangor FC pernah cuba untuk menandatangani penyerang muda Korea Utara, Han Kwang-song semasa awal pengambilan era Raja Muda Selangor (RMS), Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah ke atas tampuk kepimpinan Gergasi Merah pada 2020.
Siapakah Kwang-song? Kenapa Selangor berminat untuk mendapatkan khidmatnya yang ketika itu masih berusia 22 tahun.
Kwang-song ialah satu-satunya pemain Korea Utara yang berjaya memikat hati pihak pengurusan gergasi Itali, Juventus FC untuk membawanya menyertai pasukan itu dengan harga €3.50 juta (lebih RM16 juta) daripada Cagliari Calcio.
BACA LAGI: Manchester United dah jumpa pengganti Andre Onana
BACA LAGI: [VIDEO] Masih tangkas di gawang gol, fans JDT harap Farizal ikut jejak Aidil
Kwang-song dibawa masuk oleh Juventus untuk memperkuatkan skuad bawah 23 tahun selepas mengutip pengalaman beraksi di Liga Itali sejak 2017.
Selepas tidak berjaya menembusi skuad utama Juventus, Kwang-song dibeli oleh kelab Qatar, Al-Duhail SC dengan harga €7 juta (RM 33.6 juta) dan hanya sempat melakukan 12 penampilan bersama pasukan itu.
Sepanjang 12 penampilan, Kwang-song hanya menjaringkan tiga gol dan satu 'assist' sebelum dilepaskan secara percuma pada Julai 2021.
Melihat keadaan itu, Selangor cuba memancing Kwang-song untuk beraksi di saingan Liga Super namun semuanya tampak tidak berjaya apabila masalah gaji yang akan dihadapi sekiranya mendapatkan khidmat pemain kebangsaan Korea Utara itu.
Keadaan itu tidak begitu jelas sama ada bekas pemain Juventus itu yang meminta gaji terlalu tinggi bagi menandatangani kontrak bersama Selangor ataupun kaedah pembayaran gaji bagi rakyat Korea Utara yang terlalu rumit.
Jika perkara terbabit berlaku, Selangor dan kerajaan Malaysia kemungkinan berhadapan masalah diplomatik apabila didapati melanggar sekatan yang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dikenakan terhadap individu berasal dari Korea Utara.
Kini Kwang-son kembali ke Korea Utara dengan beraksi bersama kelab milik tentera, 4.25 SC selepas setahun tidak beraksi dengan mana-mana kelab sejak 2022. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram