[VIDEO] Aksi persis Ayron del Valle, sudah tiba masanya Selangor pastikan Tomoyuki Doi ke Lembah Klang musim depan


  • Podium
  • Selasa, 25 Mac 2025

Doi telah meledak 44 gol dalam 28 penampilannya bersama Geylang International musim ini.

REKOD 44 gol dalam 28 perlawanan sememangnya satu pencapaian yang tidak boleh dipandang sebelah mata bagi seluruh penyokong bola sepak di dunia.

Ia merupakan rekod jaringan yang sangat besar dengan jurang agak jauh jika berdasarkan setiap penampilan pemain tersebut.

Siapakah pemain yang berjaya menjaringkan 44 gol dalam satu musim itu?

BACA LAGI: [VIDEO] Masih tangkas di gawang gol, fans JDT harap Farizal ikut jejak Aidil

BACA LAGI: [VIDEO] Pernah beraksi di Juventus, Selangor hampir bawa Han Kwang-song sarung jersi Gergasi Merah

Pemain tersebut ialah Tomoyuki Doi, penyerang yang sedang menikmati musim terbaiknya di Singapore Premier League (SPL) dengan 44 gol bersama Geylang International FC.

Bukan sahaja boleh menjaringkan gol, pemain berusia 28 tahun itu berjaya membantu rakan sepasukan untuk meledak gawang pihak lawan apabila melakukan sembilan 'assist' musim ini.

Corak permainan yang ditampilkan oleh pemain import kelahiran Jepun itu juga mirip bekas bintang Selangor FC, Ayron del Valle apabila boleh menjaringkan gol menggunakan kedua-dua kakinya.

Selain itu, skil tinggi dimiliki Doi dan teknik rembatan jauh yang efisien sehingga boleh menghasilkan jaringan ialah satu kelebihan buat penyerang Geylang International FC tersebut.

Dengan Katsuhito Kinoshi berjaya memacu Gergasi Merah ke pentas Asia buat kali kedua selepas mengharungi kempen ACL 2 musim ini dengan hambar.

Doi calon sesuai buat pihak pengurusan untuk memperkuatkan barisan serangan Gergasi Merah selepas kritikan yang diterima oleh Ronnie Fernandez musim ini.

Kontrak Doi yang tamat pada 30 Jun nanti membolehkan Selangor untuk mendapatkannya secara percuma daripada Geylang International.

Ini bukan pertama kali Doi berjaya menjadi penjaring terbanyak di Kota Singa itu apabila dia pernah meraihnya ketika bersama Hougang United pada musim 2020/21.

Pemain berusia 28 tahun itu juga pernah berkelana ke Eropah pada 2023 untuk menyertai FK Bylis di Albania sebelum pulang ke Singapura musim ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram