[VIDEO] Masih tangkas di gawang gol, fans JDT harap Farizal ikut jejak Aidil


  • Podium
  • Isnin, 24 Mac 2025

Kali terakhir Farizal beraksi secara rasmi bersama JDT pada 16 Disember 2023. — JDT

AKSI bekas penjaga gol kebangsaan, Mohd Farizal Marlias kembali menjadi bualan penyokong-penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) selepas sekian lama kelibatnya tidak kelihatan di atas padang.

Farizal yang menjadi pilihan keempat di belakang Ahmad Syihan Hazmi, Andoni Zubiaurre dan Mohd Izham Tarmizi dilihat masih tangkas menepis bola di gawang gol semasa sesi latihan pasukan.

Kali terakhir Farizal beraksi secara rasmi bersama JDT pada 16 Disember 2023 yang mana Harimau Selatan menewaskan Penang FC dengan keputusan 8-0 di Stadium Sultan Ibrahim.

BACA LAGI: Dulu gaji lebih RM7,000 kini terpaksa bertahan RM50 sehari, penganalisis Kedah dedah kelab tak endah kebajikan

BACA LAGI: Tiba masa Selangor cari CEO baharu ikut jejak JDT yang sudah berjaya?

Selepas dari tarikh itu, Farizal hanya diturunkan dalam perlawanan tidak rasmi pasukan.

Melihat situasi yang dialami oleh pemain berusia 39 tahun itu, rata-rata penyokong JDT mahu menyaksikan dia mengikuti jejak langkah Aidil Zafuan yang kini menyertai barisan kejurulatihan Harimau Selatan.

"Farizal itu dah boleh diserap jadi jurulatih Akademi JDT," cadang Amirul Hakim.

"Farizal mungkin dalam proses (lesen kejurulatihan) ambil lesen macam Aidil," ujar Shah Rizal.

"Saya ingatkan Farizal dah bersara," luah Safadi Eddy.

Untuk rekod, Farizal mewakili JDT sejak 2014 daripada Selangor FC dan sehingga kini masih beraksi bersama Harimau Selatan.

Farizal juga pernah digantung oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) selama setahun dan denda AS$40,000 dolar (RM170,581) kerana mengasari pengadil ketika aksi Piala AFC pada 31 Mei 2017.

Hukuman ke atas Farizal susulan tindakannya menolak pengadil dari China, Fu Ming, di aksi separuh akhir kedua Piala AFC Zon Asia Tenggara menentang kelab Filipina, Ceres Negros FC di Bacolod City, Filipina. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram