Tiba masa Selangor cari CEO baharu ikut jejak JDT yang sudah berjaya?


  • Podium
  • Sabtu, 22 Mac 2025

Adakah Selangor perlu mengikuti jejak langkah JDT menggantikan Johan?

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baharu, Luis Garcia berkuat kuasa 1 April ini.

Pelantikan itu diumumkan menerusi satu hantaran di laman Johor Southern Tigers yang menyaksikan Luis Garcia akan bergelar CEO kelab juara Liga Super 11 kali bermula pada 1 April 2025.

Menurut kenyataan kelab, pelantikan Luis Garcia ini adalah disebabkan oleh penstrukturan yang dilakukan oleh skuad JDT dalam usaha mengukuhkan kepakaran dalam bidang pengurusan.

BACA LAGI: 'Agensi, badan kerajaan negeri perlu jadi penaja demi bola sepak Pahang'

BACA LAGI: Hasrat fans Harimau Malaya lihat kelibat Jon Irazabal di kem kebangsaan tertangguh?

Penstrukturan semula itu juga melihatkan Alistair Edwards kini menggalas 2 peranan sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) baharu dan Pengarah Teknikal kelab seperti mana sebelum ini.

Meskipun JDT sudah meraih pelbagai gelaran dalam saingan domestik, ia tidak mematikan langkah pihak pengurusan untuk terus maju kehadapan dengan membawa individu tepat untuk melakukan kerja di dalam kelab.

Adakah Selangor juga perlu mengikuti jejak langkah JDT dengan menggantikan CEO baharu selepas lapan tahun masih tiada pencapian mega selain menjuarai MFL Challenge Cup?

Pencapian besar CEO Selangor, Dr Johan Kamal Hamidon ialah hanya membawa Gergasi Merah ke perlawanan akhir sebanyak dua kali dan MFL Challenge Cup.

Bercakap mengenai perkara itu, banyak perbalahan berlaku antara penyokong Selangor sendiri yang mana ada tidak setuju Johan ditukarkan selepas melihat prestasi cemerlangnya di luar padang.

Namun apabila bercakap mengenai dalam padang, Selangor sentiasa menjadi pilihan kedua selepas JDT yang telah mencipta sejarah menjuarai Liga Super selama sedekad.

 

 

"Bukan dia yang main penyerang pun, tak perlu ambil orang luar. Banyak juta-juta tapi hasil lebih kurang," kata Zahrul Kamel.

"Lapan tahun jadi CEO, lapan tahun tiada apa-apa pencapian hebat," ujar Hiji Daisuke.

"Tapi (Johan) sponsor banyak masuk, mungkin boleh letak jawatan sebagai CEO dan pegang COO, cari sponsor lagi banyak," jelas Hamim Sayuti.

"Kalau betul (tukar CEO), Tengku Nana layak ganti," luah Firdauss. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram