
TERENGGANU FC kini berjuang untuk menamatkan saingan Liga Super 2024 di tempat ketiga dengan 32 mata selepas 21 perlawanan.
Skuad kendalian Badrul Afzan Razali itu perlu bersaing dengan Kuching City FC (36 mata) dan Sabah FC (36 mata) untuk merebut posisi yang menawarkan tempat dalam Kejuaraan Kelab Asean musim depan.
Pemain tengah Sang Penyu, Akram Mahinan menggesa agar rakan sepasukannya untuk memenangi tiga perlawanan terakhir jika mahu mencapai sasaran tersebut.
BACA LAGI: Amorim sedia sambar 'winger' EPL, mahu tawar kontrak 6 tahun
BACA LAGI: We are family', Sony Norde 'support' gerai bekas rakan sepasukan di Kedah
Terengganu akan berdepan beberapa ujian getir di tempat lawan apabila dijadual bertemu juara Piala Cabaran, Selangor FC pada 5 April serta PDRM FC (17 April) dan akan kembali ke Gong Badak 26 April untuk menentang Kedah Darul Aman FC.
Akram, 32, menegaskan tiada alasan untuk tidak meraih tempat ketiga dan menyatakan pasukan perlu fokus mengutip sembilan mata maksimum dalam tiga perlawanan tersebut.
Shahrul Nizam (kiri) antara pertahanan tempatan yang dipuji oleh Akram. — Facebook/TFC
“Kami perlu mengumpul maksimum sembin matala untuk peluang menduduki tempat ketiga atau sekurang-kurangnya keempat. Saya mahu rakan sepasukan kuat dari segi mental.
“Kami ada peluang untuk berada di tempat ketiga dan berharap dua pasukan di atas kami kehilangan mata.
"Namun, kami perlu fokus pada permainan kami terlebih dahulu, memastikan persembahan kami membawa kemenangan," katanya.
Sebagai pemain senior, Akram juga memuji barisan pertahanan tempatan yang kekal teguh sepanjang musim ini walaupun tanpa pemain import.
"Fakta kami mengekalkan pertahanan dengan pemain tempatan tanpa bimbingan pemain import menunjukkan banyak kelebihan.
"Walaupun muda, mereka berani berdepan penyerang terutama pemain import berprestasi tinggi.
"Antara bakat pertahanan terbaik Terengganu adalah Safwan Mazlan, Shahrul Nizam Ros Hasni, Ubaidullah Samsul Fazili dan Azam Azmi Murad," jelasnya.
Skuad Sang Penyu kini berjuang untuk tempat empat teratas meskipun hanya memiliki lima pemain import, berbanding kelab lain yang mempunyai kuota penuh.
"Walaupun kami menghadapi banyak cabaran, kami tetap berbangga. Mari kita rebut tempat ketiga," ujarnya. — The Star/T.AVINESHWARAN
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram