Amorim sedia sambar 'winger' EPL, mahu tawar kontrak 6 tahun


  • Podium
  • Ahad, 23 Mac 2025

Ruben Amorim mahu pemain yang sesuai dengan formasi 3-4-2-1 dan melihat Semenyo sebagai calon ideal.

MANCHESTER United sedang giat mempercepatkan perancangan perpindahan musim panas dan kini dalam rundingan dengan ejen Antoine Semenyo dari Bournemouth.

Namun, mereka perlu bersaing dengan Chelsea dan Tottenham Hotspur, selain memenuhi harga yang ditetapkan Bournemouth.

Musim ini mengecewakan bagi United, yang kini berada di tangga ke-13 Liga Perdana Inggeris (EPL) dan berisiko mencatat pencapaian terburuk sejak 1990.

BACA LAGI: We are family', Sony Norde 'support' gerai bekas rakan sepasukan di Kedah

BACA LAGI: Pengalaman di JDT bentuk karier, minit permainan bersama Harimau Kumbang tingkat keyakinan — Syamer Kutty

Pemain sayap Bournemouth, Antoine Semenyo. 

Namun, kemenangan dalam Liga Europa boleh membuka peluang ke Liga Juara-Juara dan menarik pemain berkualiti tinggi ke Old Trafford.

Pengendalinya, Ruben Amorim mahu pemain yang sesuai dengan formasi 3-4-2-1 dan melihat Semenyo sebagai calon ideal. 

Menurut Africafoot, United telah memulakan rundingan secara tertutup untuk mendapatkan Semenyo, yang mencatat 18 gol dan tujuh bantuan gol dalam 79 penampilan sejak menyertai Bournemouth pada Januari 2023.

United menawarkan €40 juta (RM204 juta), namun Bournemouth menetapkan harga €50 juta bersamaan dengan RM255 juta.

Dengan minat daripada Chelsea dan Tottenham, Bournemouth yakin harga pemain mereka boleh meningkat.

Pemain sayap kanan berusia 25 tahun itu cukup terkenal dengan kelajuan dan keupayaan menyerangnya, dengan purata satu sumbangan gol setiap 195.2 minit musim ini.

Jika United berjaya mendapatkan Semenyo, dia bakal menjadi tambahan penting dalam sistem Amorim yang berintensiti tinggi. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram