Sebelum Christian Abad, ada lagi 3 kiper muda pernah sertai HM


  • Podium
  • Jumaat, 21 Mac 2025

Christian Abad telah dipanggil menyertai kem latihan skuad Harimau Malaya. — Facebook/MNT

PENJAGA gol muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Christian Abad dikhabarkan menjadi pemain berdarah warisan terkini yang menyertai ‘revolusi’ skuad Harimau Malaya selepas muncul dalam sesi latihan rasmi di Pusat Latihan JDT, Padang Seri Gelam, Johor baru-baru ini.

Abad yang berusia 19 tahun dan berasal dari Sepanyol, menyertai skuad Harimau Selatan pada tahun lalu dan memiliki pengalaman berharga mewakili beberapa kelab akademi terkenal di Sepanyol antaranya Valencia, CD Alcoyano, dan Elche CF.

Dengan kehadiran Abad, dia kini mengikuti jejak langkah tiga penjaga gol muda tanah air yang pernah dipanggil untuk membantu skuad kebangsaan, iaitu Haziq Nadzli, Ahmad Syihan Hazmi dan Ifwat Akmal.

BACA LAGI: Tiada aksi 'friendly' bukan isu besar — Stuart Wilkin

BACA LAGI: Mana satu betul? Tarikh final Piala Malaysia jadi persoalan

Ketiga-tiga mereka merupakan pilihan utama pada usia muda dan telah diberi kepercayaan oleh jurulatih untuk menggalas tugas penting di bawah pintu gol Harimau Malaya.

Haziq tampil cemerlang dalam menyelamatkan pintu gawang Perak FC daripada dibolosi. — Facebook/Perakfc

1. Haziq Nadzli

Penjaga gol Perak FC, Haziq Nadzli kembali memperkuatkan skuad kebangsaan selepas kira-kira enam tahun namanya ‘hilang’ dari senarai pemain untuk dipanggil oleh ketua jurulatih Harimau Malaya.

Haziq menampilkan aksi terbaiknya bersama Perak dalam saingan domestik musim ini dan berjaya mempamerkan aksi penyelamatan luar biasa demi mempertahanankan gawang Perak daripada dibolosi.

Untuk rekod, kali terakhir Haziq dipanggil ke skuad kebangsaan ialah pada enam tahun lalu iaitu dalam perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Mongolia pada 22 Mac 2018.

Perlawanan berakhir dengan keputusan 2-2 itu merupakan satu-satunya penampilan Haziq bersama skuad senior Malaysia yang pada ketika itu dibimbing oleh Nelo Vingada.

Manisnya, penjaga gol berketinggian 1.76 meter itu berumur 20 tahun pada ketika itu.

Penjaga gol Harimau Selatan, Ahmad Syihan Hazmi. — Facebook/JDT

2. Ahmad Syihan Hazmi

Bekas penjaga gawang Negeri Sembilan FC, Ahmad Syihan Hazmi diperkenalkan oleh pengendali, Datuk K Rajagobal bagi membawa cabaran Malaysia menentang Palestin dalam satu perlawanan amal pada 2013.

Syihan baru sahaja berumur 17 tahun ketika itu dan ia merupakan penampilan senior pertamanya, namun ia tidak dikira debut kerana hanyalah satu perlawanan amal.

Dalam perlawanan tersebut, Rajagobal mendedahkan bahawa Syihan berjaya menyelamatkan penalti pasukan Palestin dan dia sentiasa percaya mengenai kebolehan penjaga gol itu.

Perlawanan yang diadakan pada 2013 itu menyaksikan Malaysia tewas 0-2 kepada Palestin dan Syihan dimasukkan pada minit ke-90 perlawanan untuk menggantikan Norazlan Razali.

Begitupun, debut Syihan ketika bertemu palestin namun tidak direkodkan dalam perlawanan 'A' FIFA.

Penjaga gol KDA FC, Ifwat Akmal. — Facebook/KDAFC

3. Ifwat Akmal

Penjaga gol Kedah Darul Aman FC, Ifwat Akmal membuat debut bersama skuad Harimau Malaya pada usia 20 tahun.

Ifwat tampil pertama kali dalam perlawanan persahabatan semasa Malaysia tewas 0-3 kepada Indonesia pada 2016.

Meskipun pasukan Malaysia tewas dalam perlawanan tersebut, kemunculan Ifwat sebagai penjaga gol muda menunjukkan potensi besar yang dimilikinya untuk masa depan bola sepak negara. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram