
KETIADAAN pembayaran gaji oleh kelab bola sepak memberi kesan besar kepada kehidupan pemain, mengganggu kewangan, motivasi dan prestasi mereka.
Gaji tertunggak menyukarkan pemain memenuhi keperluan asas terutama menjelang musim perayaan.
Baru-baru ini, sebuah kelab bola sepak yang berpangkalan di Lembah Klang dilaporkan masih belum melunaskan gaji pemain menyebabkan kesulitan menjelang sambutan Aidilfitri.
BACA LAGI: Mana satu betul? Tarikh final Piala Malaysia jadi persoalan
BACA LAGI: Tiada aksi 'friendly' bukan isu besar — Stuart Wilkin
Tangkap layar Instastory Amirul Nizam.
Menerusi hantaran di Instagram, penyerang Kuala Lumpur Rovers, Amirul Nizam Azmi mendedahkan bahawa kelab tersebut gagal membayar gaji pemain selama sembilan bulan.
Menurut Amirul, kelab berkenaan pernah memberi harapan untuk melunaskan gaji tersebut namun ia hanya sekadar janji kosong yang tidak ditepati.
Lebih menyedihkan, penyerang berusia 25 tahun itu juga mendedahkan bahawa impiannya untuk membeli baju raya bagi keluarganya tidak kesampaian akibat masalah gaji tertunggak.
"Orang nak beli baju raya anak bini ini tak nak bayar gaji lagi ke?.
"Selepas seminggu seminggu tunggu, ini tahu-tahu sudah masuk sembilan bulan tanpa gaji. Ingat kita orang perah kudrat selama ini free ke KL Rovers?," tulisnya.
Situasi itu pastinya memberi kesan kepada para pemain, yang kini berharap agar pihak pengurusan kelab dapat menyelesaikan masalah gaji tertunggak sebelum Aidilfitri. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram