
BEK sayap kiri Liverpool, Andrew Robertson tidak lagi berada di tahap seperti dahulu dengan usianya kini sudah mencecah 31 tahun yang menyaksikannya tidak mempunyai kecergasan seperti dahulu.
Dia yang dikenali sebagai antara pemain pertahanan terpantas dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) jelas bergelut beberapa bulan kebelakangan ini dalam menepati kehendak pengurus, Arne Slot.
Jadi, dengan rombakan perlu dilakukan dalam benteng The Reds, pihak pengurusan kelab juga sudah tentu akan mencari pengganti buat Robertson meskipun kontraknya hanya akan tamat pada Jun 2026.
BACA LAGI: Dua bek kiri dalam bahaya, Liverpool mahu 'close deal' pemain muda Bournemouth
BACA LAGI: Jendela perpindahan Januari tamat, Liverpool tunggu musim panas 'sign' bek muda Bournemouth
Kerkez menjadi buruan kelab-kelab sekitar Eropah selepas bersinar buat Bournemouth. — Agensi
Tugasan untuk mencari pemain baharu di posisi itu bukanlah perkara mudah kerana mereka perlu memastikan bek kiri baharu memiliki kepantasan selain mampu membantu dari segi serangan.
Antara calon mula disebut-sebut untuk menggantikan Robertson ialah tonggak Bournemouth musim ini, Milos Kerkez yang beraksi cemerlang sehingga berjaya meletakkan pasukannya di tangga ke-10 selepas 29 perlawanan.
Pemain antarabangsa Hungary itu sememangnya mencuri perhatian ramai dengan kualiti hantarannya sebagai seorang bek sayap boleh memperkuatkan mana-mana pasukan sekitar Eropah.
Bagaimanapun, Liverpool dilaporkan menjadi destinasi ideal buat pemain 21 tahun itu sekiranya dia meninggalkan The Cherries pada jendela perpindahan musim panas nanti.
Arne Slot perlu mencari pengganti kepada Robertson dalam masa terdekat. — Agensi
Menurut laporan terbaru, Bournemouth sudah meletakkan nilai mencecah £40 juta (RM228.9 juta) bagi mana-mana kelab yang mahu mendapatkan khidmatnya untuk memeterai perpindahan itu.
Permintaan berkenaan sudah tentu mampu dipenuhi Liverpool yang tidak melakukan sebarang perbelanjaan besar-besaran sejak kehadiran Arne Slot, sekali gus menceritakan kewangan pasukan terjamin.
Kemasukan Kerkez akan menyaksikan pemain itu dapat bersaing selain menuntut ilmu bersama Robertson sebelum pemain antarabangsa Scotland itu menentukan masa depannya bersama skuad The Reds.
Untuk rekod, Kerkez diturunkan sebanyak 29 kali dalam musim debutnya di EPL dengan dua gol dan lima bantuan jaringan. Tiga lagi penampilan turut dicatatkannya dalam saingan Piala FA. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram