
SELEPAS kekalahan Liverpool 1-2 kepada Newcastle United dalam perlawanan akhir Piala Carabao 2025 pada Isnin, skuad The Reds nampaknya mahu membuat rombakan pasukan untuk saingan musim depan.
Liverpool dilaporkan sedang merancang rombakan besar dalam skuad mereka menjelang musim panas ini, dengan penyerang Darwin Nunez dan Luis Diaz berkemungkinan besar meninggalkan kelab.
Menurut laporan terkini daripada wartawan sukan terkenal dunia iaitu Fabrizio Romano, The Reds difahamkan sedang mempertimbangkan beberapa perubahan utama dalam barisan pemain mereka.
BACA LAGI: 'Bukan soal larian', Slot tolak alasan penat lepas terlepas trofi sulung di Liverpool
BACA LAGI: Liverpool perlu bersaing dengan Newcastle, Chelsea andai mahu sambar pengganti van Dijk
Walaupun Liverpool masih bersaing untuk kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2024/225, kelemahan ketara dalam pasukan semakin terserlah dalam beberapa minggu kebelakangan ini.
Di bahagian pertahanan, Andy Robertson tidak lagi berada pada tahap terbaiknya, menyebabkan kelab merancang untuk membawa masuk pemain baharu di posisi bek kiri. Kedalaman bek tengah juga masih menjadi isu utama.
Manakala, di jentera tengah, Ryan Gravenberch dan Alexis Mac Allister mengalami keletihan akibat kekurangan pilihan pemain berkualiti. Pengendali sementara Arne Slot dilihat kurang memberi kepercayaan kepada Curtis Jones dan Wataru Endo untuk mengisi kekosongan tersebut.
Sementara itu, di bahagian serangan, Nunez terus menjadi subjek kritikan kerana aksi tidak konsistennya di depan gawang. Diogo Jota pula turut bergelut dalam perlawanan penting menentang PSG dan Newcastle, menyebabkan peranannya dalam pasukan semakin dipersoalkan.
Diaz pula menunjukkan usaha yang tinggi di posisi sayap kiri, namun prestasi serangan di bahagian itu menurun apabila Cody Gakpo tidak berada dalam kesebelasan utama. Keadaan itu mendorong Liverpool untuk mempertimbangkan perubahan dalam jendela perpindahan akan datang.
Romano mengesahkan bahawa Nunez berpotensi meninggalkan Anfield dengan minat dari Arab Saudi semakin meningkat lagi-lagi pada jendela perpindahan Januari lepas, pasukan Cristano Ronaldo iaitu Al-Nassr menunjukkan minat terhadap pemain Uruguay itu.
Sementara itu, Diaz juga berdepan kemungkinan besar untuk keluar dari kelab, dengan kelab-kelab Arab Saudi masih berminat mendapatkan khidmatnya. Romano turut mendedahkan bahawa Manchester City pernah menunjukkan minat terhadap pemain Colombia itu.
Jota dikhabarkan sertai semula Wolves. — Agensi
Selain Nunez dan Diaz, TEAMtalk melaporkan bahawa Diogo Jota juga mungkin akan meninggalkan Liverpool selepas wartawan perpindahan Fraser Fletcher menyatakan bahawa bekas kelabnya, Wolves berpotensi menjadi destinasi baharu buat penyerang Portugal itu.
Sumber turut menyebut bahawa Liverpool mula hilang kepercayaan terhadap Jota kerana masalah kecederaan serta kesukarannya memberi impak dalam perlawanan-perlawanan besar.
Dengan kemungkinan kehilangan beberapa tonggak utama, jendela perpindahan musim panas ini bakal menjadi tempoh yang kritikal buat Liverpool dalam usaha mereka untuk membina semula pasukan dan terus bersaing di peringkat tertinggi. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram.