
LIVERPOOL dijangka mengkaji semula minat mereka terhadap pemain bek kiri Bournemouth, Milos Kerkez, pada jendela perpindahan musim panas akan datang.
Perkara itu dikongsikan oleh bekas pemantau Liga Perdana, Mick Brown. The Reds telah lama dikaitkan dengan pemain antarabangsa Hungary itu sepanjang jendela perpindahan Januari.
Menurut Brown, perpindahan untuk Kerkez tidak dijangka berlaku pada saat-saat akhir jendela perpindahan Januari, dengan Bournemouth dipercayai tidak akan meluluskan sebarang perjanjian pada masa tersebut.
BACA LAGI: Legenda Liverpool ‘backup’ pengadil, pelik ramai persoal penalti lawan Bournemouth
BACA LAGI: Tak sambar muka baharu, Liverpool tunggu musim panas bawa masuk 2 pemain sasaran
Namun, dia memberi amaran bahawa Liverpool dijangka kembali memantau situasi pemain berusia 20 tahun itu apabila jendela perpindahan dibuka semula pada penghujung musim.
“Kerkez menunjukkan tahap prestasi yang mengagumkan setiap kali dia bermain. Saya dengar Liverpool memantau beliau kerana mereka berminat untuk menandatangani pemain ini,” kata Brown kepada Football Insider.
Menurut Brown, masalah di posisi bek kiri Liverpool mungkin menjadi faktor utama dalam minat mereka terhadap pemain berusia 21 tahun berkenaan.
“Liverpool mempunyai dua bek kiri yang prestasi mereka dipersoalkan musim ini, dan saya tidak pasti mereka dianggap sebagai pilihan jangka panjang lagi. Jadi, Kerkez, pada usia mudanya boleh menjadi masa depan di posisi itu,” ujarnya.
Andy Robertson antara bek kiri Liverpool. — Agensi
Walaupun tidak dijangka ada sebarang perpindahan pada Januari, Brown percaya bahawa Liverpool akan kembali mencuba mendapatkan Kerkez pada musim panas nanti.
“Bournemouth tidak mahu kehilangan dia di tengah musim dan Liverpool juga belum memerlukannya. Tetapi menjelang musim panas, saya jangka mereka akan melihat kembali peluang ini,” tambahnya.
Pada hujung minggu lalu, Kerkez bermain penuh selama 90 minit dalam perlawanan antara Bournemouth dan Liverpool. Perlawanan itu menyaksikan Liverpool meraih kemenangan 2-0 hasil dua gol daripada Mohamed Salah.
Walaupun Liverpool dijangka akan melalui hari terakhir jendela perpindahan Januari dengan tenang, jurulatih Arne Slot telah mengesahkan bahawa pasukannya akan melakukan pergerakan pada musim panas.
“Saya tahu orang kadang-kadang mempersoalkan ini kerana mereka tidak melihat kami banyak bertindak di pasaran perpindahan pada musim panas dan juga musim sejuk.
“Ada sebab untuk itu kerana kami berpuas hati dengan skuad yang ada. Tetapi saya tahu kami pasti sedang berusaha untuk memperkuatkan pasukan pada musim panas nanti,” katanya kepada BBC. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram