
PENJAGA gol wanita kebangsaan, Azurin Mazlan mengharumkan nama negara selepas mempamerkan aksi menakjubkan bersama pasukannya di Liga Albania.
Azurin menjadi wira buat pasukannya, KFF Vllaznia apabila menyelamatkan sepakan penalti ketika menentang KFF Gramsh baru-baru ini.
KFF Vllaznia yang sedang mendahului perlawanan dengan keputusan 1-0 perlu mempertahankan kedudukan tersebut untuk membawa pulang tiga mata berharga.
BACA LAGI: Fans Gergasi Merah harap bintang import kekal di bumi Selangor, bantu tutup kesilapan Afro
BACA LAGI: Empat bintang 'semi-finalist' ACL 2, wajar jadi pilihan Selangor FC musim depan
Dalam perlawanan itu, pada minit ke-77 peluang pasukan lawan untuk menyamakan kedudukan terbuka luas selepas mendapat sepakan penalti.
Namun begitu, penjaga gol berusia 25 tahun itu mudah meneka dan menyelamatkan sepakan penalti tersebut sekali gus memberikan kegembiraan kepada rakan sepasukan lain.
Selepas aksi menakjubkan itu, rakan-rakan Azurin berlari ke arahnya dan meraikan bersama-sama.
Malah di bangku simpanan pula, salah seorang daripada jurulatih KFF Vllaznia seakan tidak percaya Azurin mampu menyelamatkan sepakan penalti tersebut.
Namun begitu, keputusan tidak memihak kepada KFF Vllaznia apabila pasukan lawan bangkit untuk menamatkan perlawanan dengan keputusan 1-2.
Untuk rekod, KFF Vllaznia bukanlah pasukan luar negara pertama pernah diwakili Azurin, ini selepas dia pernah disunting oleh Misaka United (India), NK Osijek (Croatia) dan KFF Presingu (Kosovo) selepas membantu Melaka United menjuarai Piala Tun Sharifah Rodziah pada 2019.
Sebelum menyertai KFF Vllaznia, beliau membantu Sabah muncul naib juara Liga Wanita Nasional (LWN) 2024.
Baru-baru ini, Azurin turut mendapat perhatian media apabila membantu KFF Vllaznia menewaskan kelab Montenegro, Buducnost 3-0 dalam aksi persahabatan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram