Selangor kena 'overhaul', buang import biasa-biasa untuk lebih bersedia hadapi ACL2 — Hanif Miswan


  • Podium
  • Isnin, 17 Mac 2025

Antara aksi perlawanan antara Kuching City FC dan Selangor FC pada 16 Mac. — Facebook/SelangorFC

REKOD 14 perlawanan tanpa kalah Selangor FC akhirnya lebur apabila Kuching City FC menumbangkan naib juara Liga Super itu dengan keputusan 2-1 pada aksi di Stadium Negeri, Kuching, Sarawak pada Ahad.

Sebelum ini, Selangor mengesahkan gelaran naib juara Liga Super selepas membelasah Kelantan Darul Naim (KDN) 7-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya, Selangor pada 8 Mac lalu.

Pasukan bimbingan Aidil Sharin Sahak memperoleh tiga mata menerusi jaringan Muhd Ramadhan Saifullah dan Jimmy Reymond. Manakala, Gergasi Merah pula sekadar meraih gol saguhati hasil jaringan Mukhairi Ajmal.

BACA LAGI: Empat bintang 'semi-finalist' ACL 2, wajar jadi pilihan Selangor FC musim depan

BACA LAGI: Gagal bawa pulang 3 mata, Jimmy Reymond leburkan 14 rekod tanpa kalah Selangor di Kuching

Kekalahan di tangan pasukan ketiga Liga Super itu menimbulkan respons kurang senang daripada penyokong dengan ada melihat Gergasi Merah masih belum bersedia untuk memberi cabaran di saingan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2). 

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, pemerhati sukan tempatan iaitu Hanif Miswan berkata, adalah tidak adil untuk menyatakan Selangor tidak bersedia ke pentas Asia hanya disebabkan kekalahan satu perlawanan. 

"Tidak adil untuk kita cakap yang kalau Selangor tidak bersedia nak hadapi ACL2 kerana mereka sudah mendapat tempat atau layak ke ACL 2 musim depan. Cuma mungkin kedengaran bunyi-bunyi sikit lepas kekalahan semalam (Ahad). 

"ACL2 adalah permainan bola yang sama sekali berbeza, kejohanan yang sama sekali berbeza, pertandingan. Mungkin pengalaman terkandas awal dalam persaingan ACL2 untuk musim ni boleh mendewasakan mereka

"Kita tengok macam mana seriusnya JDT mempersiapkan pasukan. Bukan untuk liga tetapi mereka mempersiapkan pasukan untuk cuba memecah masuk ke dalam kelompok pasukan elit dalam ACLE. Dan itu pun masih lagi kalah. Seriusnya mereka buat persiapan. 

"Selangor mungkin berbelah bahagi sama ada persaingan domestik kerana sudah berapa tahun tiada piala. Demand sekarang peminat dan pemegang taruh untuk perform dengan baik dalam persaingan Asia dengan slogan Asia Bosku semua itu kan," katanya kepada Majoriti

Sebagai persiapan awal ke pentas Asia, Hanif mencadangkan agar pihak pengurusan sudah mempunyai perancangan untuk membawa masuk bintang import berkualiti dan mengeluarkan pemain asing yang kurang memberi impak. 

Ronnie hanya mencetak 12 gol untuk semua pertandingan dalam 31 perlawanan buat Selangor setakat ini.  — Facebook/SelangorFC 

Antara pemain import semasa yang dicadangkan untuk dikeluarkan daripada perancangan musim 2025/2025 ialah penyerang Chile, Ronnie Fernandez selepas acap kali gagal memanfaatkan peluang di hadapan jaringan. 

"Selangor perlu ada persiapan bermula daripada sekarang. Mungkin dengan overhaul sikit-sikit, tambah baik pemain-pemain dan lebih penting untuk persaingan Asia adalah import-import yang berkualiti.

"Secara jujurnya ramai import yang sedia ada tidak sepatutnya disambung. Antaranya Ronnie kan termasuk pemain import lain. Saya kira Alvin Fortes pun datang dengan satu reputasi yang baik, cumanya mungkin dia kurang konsisten. 

"Ali Olwan mungkin agak okey. Tapi tidaklah seperti mana yang diharapkan. Nikola Jambor pun biasa tidak membantu dengan sepatutnya. Kalau kita tengok pasukan yang ada reputasi, bajet baik dan pengurusan yang ada visi, sepatutnya import-import mereka lebih baik dan jauh lebih berkualiti.

"Kita faham mungkin kekangan daripada sudut pasarannya untuk mendapatkan pemain-pemain yang berkualiti ini datang dengan bajet yang besar. Tapi kalau ada impian yang boleh match dengan satu perancangan yang baik ialah untuk mendapatkan import-import berkualiti," jelasnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram