
KEMASUKAN Raheem Sterling tidak menyelesaikan isu serangan Arsenal yang mempunyai cita-cita besar musim ini selepas bermusim-musim menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di tangga kedua.
Namun, selepas 28 perlawanan, penyerang antarabangsa England itu masih belum mencetak sebarang jaringan dengan hanya satu gol dijaringkannya setakat ini, iaitu dalam kempen Piala Liga.
Jadi, skuad bimbingan Mikel Arteta itu masih perlu memperkuatkan dalam jendela perpindahan akan datang dengan mana-mana pemain sayap perlu menjadi sasaran kelab London itu.
BACA LAGI: [VIDEO] Eriksen perli kesilapan Arsenal, Arteta 'koyak' cicir mata di Old Trafford
BACA LAGI: Arteta persalahkan mutu bangku simpanan Arsenal punca cicir mata berdepan Aston Villa
Arsenal juga seperti sudah menyedari kekurangan itu kerana dalam perkembangan terbaru, mereka dilaporkan sedang cuba mendapatkan bintang Bayern Munich, Leroy Sane yang semakin kehilangan tempat dalam pasukan.
Kontraknya yang akan tamat pada musim panas depan perlu mencari kelab baharu yang akan berminat dengan khidmatnya selain dapat menawarkan minit permainan kerap.
Kehadiran Sane bersama Bayern Munich tidak lagi diperlukan.
Bekas pemain Manchester City itu sememangnya sasaran terbaik buat skuad The Gunners kerana dia pernah bekerjasama dengan Arteta sebelum dia berkelana pulang ke Jerman.
Malah, Sane juga bersedia untuk menyertai Arsenal memandangkan terdapat laporan mengatakan dia sanggup menerima pemotongan gaji demi merealisasikan perpindahan tersebut.
Ketika ini, pemain berusia 29 tahun tersebut menerima bayaran gaji sehingga €20 juta (RM96.7 juta) bersama Bayern Munich dengan jumlah tersebut akan dikurangkan bagi menghidupkan peluang tersebut.
Sekiranya Sane menyertai skuad The Gunners, mereka akan memiliki lambakan pilihan di posisi berkenaan, termasuk Bukayo Saka, Gabriel Martinelli dan Leandro Trossard yang masing-masing tidak berada dalam prestasi terbaik.
Kemasukannya diharapkan mampu menghidupkan peluang Arsenal bersaing dalam EPL serta Liga Juara-Juara UEFA (UCL) musim depan dengan peluang mereka setakat ini mula terpadam. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram