'Bantu Persis elak penyingkiran,' Kim Swee Jurulatih Terbaik Mingguan Liga 1 Indonesia


  • Podium
  • Jumaat, 14 Mac 2025

Kim Swee berhasil menyelamatkan Solo yang sebelum ini berada dalam zon penyingkiran dan menampilkan prestasi tidak menentu. — Facebook/Persissolo

FORMULA Datuk Ong Kim Swee bersama Persis Solo semakin membuahkan hasil yang mana kelab tersebut kini mencatatkan enam perlawanan tanpa kalah dalam saingan Liga 1 Indonesia terakhir yang dihadapi.

Baru-baru ini, Solo menewaskan PSS Sleman dengan keputusan 4-1, sekali gus menduduki tangga ke-14 dan berjaya menjauhi zon penyingkiran.

Susulan prestasi cemerlang itu, Kim Swee yang juga bekas pengendali Sabah FC, dinobatkan sebagai Jurulatih Terbaik Mingguan Liga 1 Indonesia.

BACA LAGI: Senasib Jimmy Raymond, 3 wira Piala AFF terlepas bertemu Nepal

BACA LAGI: 'Tengah on form pun tak terpilih,' fans The Cats panas hati Jimmy Raymond tercicir ‘call up’ HM

Datuk Ong Kim Swee menerima anugerah Jurulatih Terbaik Mingguan Liga 1 Indonesia. — Facebook/Persissolo

Anugerah tersebut diterima Kim Swee berikutan kejayaan Persis Solo dalam aksi minggu ke-25, kerana anak-anak buahnya meraih kemenangan 1-0 ke atas Borneo FC.

Gol tunggal pasukan dijaringkan oleh Jhon Cley pada minit ke-21, yang juga menjadi sebahagian daripada enam perlawanan tanpa kalah yang dicatatkan oleh Persis Solo.

Manisnya, rekod tersebut turut membantu Persis menjauhkan diri daripada kelompok penyingkiran liga.

Berbaki tujuh lagi perlawanan dalam saingan Liga, Solo hanya perlu mengekalkan prestasi semasa dan meraih sebanyak mungkin mata untuk mengekalkan status mereka dalam saingan Liga 1 musim hadapan.

Bekas pengendali Sabah dan skuad Harimau Malaya itu dibawa masuk bagi menyelamatkan Solo yang sebelum ini berada dalam zon penyingkiran dan menampilkan prestasi tidak menentu.

Persis Solo kini menghuni tangga ke-14 carta liga dengan meraih 26 mata. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram