
HARIMAU Malaya mula mengatur langkah dengan memanggil 27 pemain bagi menghadapi perlawanan pertama Kumpulan F kempen kelayakan Piala Asia 2027 berdepan Nepal di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor pada 25 Mac ini.
Senarai pemain yang dipanggil jurulatih Australia, Peter Cklamovski menyaksikan beberapa kejutan termasuk penampilan beberapa muka baharu.
Antara muka baharu dalam skuad Harimau Malaya kali ini ialah pemain pertahanan Selangor FC, Zikri Khalili, Faisal Halim, Nazmi Faiz Mansor, Mohamadou Sumareh, Shahrul Saad dan Quentin Cheng.
BACA LAGI: 'Warm the bench', fans Sang Penyu tak restu Safawi Rasid kembali ke JDT
BACA LAGI: TMJ umum Datuk Lee Chong Wei duta sukan Johor
Nama Jimmy Raymond tidak tersenarai walaupun dia menunjukkan prestasi yang cukup cemerlang di peringkat domestik. — Facebook/FAM
Dion Cools, Natxo Insa, Afiq Fazail, Romel Morales, Arif Aiman Hanapi, Akhyar Rashid dan Safawi Rasid antara nama yang kembali membarisi pasukan.
Cklamovski turut memilih mengekalkan beberapa tonggak yang beraksi dalam saingan Piala Asean 2024 (Piala AFF) iaitu Paulo Josue, Endrick dos Santos, Safwan Mazlan, Haqimi Azim Rosli dan Stuart Wilkin.
Bagaimanapun, satu perkara yang mengejutkan ramai penyokong adalah ketiadaan wakil dari Kelab Kuching City FC dalam senarai tersebut walaupun skuad The Cats tampil cemerlang dalam saingan Liga Malaysia.
Lebih menyedihkan lagi, nama pemain anak jati Sarawak, Jimmy Raymond turut tidak tersenarai walaupun dia menunjukkan prestasi yang cukup cemerlang di peringkat domestik.
Ketiadaan Jimmy dalam skuad kali ini mengecewakan ramai peminat terutamanya di Sarawak yang mengharapkan pemain berketinggian 1.64 meter itu mendapat tempat dalam pasukan kebangsaan selepas menunjukkan aksi yang sangat konsisten.
Jimmy membantu The Cats mengekang jentera serangan Kedah Darul Aman FC daripada menembusi benteng pertahanan Kuching City. — Facebook/KDAFC
Keputusan itu menimbulkan persoalan mengenai kriteria pemilihan pemain dan adakah prestasi semasa dalam liga tempatan benar-benar diambil kira dalam pemilihan pemain kebangsaan.
Meskipun ramai yang menganggap Jimmy sebagai pemain yang layak, keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk tidak memanggilnya membangkitkan rasa tidak puas hati dalam kalangan peminat bola sepak di Sarawak.
Sebelum ini, Jimmy Raymond berjaya menambat hati pengendali interim Harimau Malaya, Pau Marti Vicente apabila dipilih mewakili skuad kebangsaan untuk beraksi dalam saingan Piala AFF 2024.
"Jimmy Raymond yang tengah perform sekarang dekat Liga M pun tiada, benar-benar dipinggirkan," kata Frederic Sadang.
"Kenapa nama Jimmy Raymond tidak tersenarai dalam pasukan kali ini," kata Nazz N. Khalit.
"Satu pemain dari Kuching City tiada? Jimmy Raymond disingkirkan," kata Kidin Johan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram