'Warm the bench', fans Sang Penyu tak restu Safawi Rasid kembali ke JDT


  • Podium
  • Khamis, 13 Mac 2025

Kehadiran Safawi di Terengganu banyak memberikan impak positif terhadap pasukan. — Facebook/TFC

PINTU sentiasa terbuka buat pemain sayap Harimau Malaya, Safawi Rasid untuk kembali ke Johor Darul Ta'zim (JDT) selepas tamat tempoh pinjaman bersama Terengganu FC dikhabarkan bakal berakhir pada 30 Jun nanti, berdasarkan Transfermarket.

Berita itu dikongsikan oleh pemerhati sukan tanah air, Zulhelmi Zainal Azam yang berkongsikan bahawa skuad Harimau Selatan sentiasa mengalu-alukan kepulangan Safawi atau lebih dikenali dengan panggilan Pawi itu ke pangkuan JDT.

Namun, sambutan terhadap kepulangan Safawi ke JDT tidak diterima dengan baik oleh penyokong Sang Penyu.

BACA LAGI: Bakat Terengganu FC tak pernah putus, 3 anak muda tampak sedia isi kekosongan skuad utama

BACA LAGI: TMJ umum Datuk Lee Chong Wei duta sukan Johor

Hal ini kerana, segelintir daripada mereka bimbang bahawa kepulangan Safawi ke JDT akan memberi kesan negatif terhadap gaya permainannya serta minit permainan yang mungkin terbatas.

Penyokong juga merasakan bahawa dengan saingan sengit di barisan pemain JDT, peluang pemain sayap kanan itu untuk beraksi di atas padang akan menjadi sangat terhad.

Kepantasan, kreativiti dan ketajaman gol Safawi (kiri) memberi impak besar kepada Sang Penyu. — Facebook/TFC

Menurut beberapa penyokong, mereka bimbang sekiranya kehadiran Safawi di JDT hanya akan memanaskan bangku simpanan kerana kedudukan Pawi yang mungkin tidak terjamin dalam kesebelasan utama.

Mereka berpendapat bahawa tempoh pinjaman Pawi di Terengganu lebih memberikan peluang untuk pemain kelahiran Dungun itu berkembang dan memperoleh minit permainan yang lebih banyak berbanding berada di JDT.

"For what? Warm the bench," @kata macha_by_nature.

"Terbuka lepas itu peram di JDT, Terengganu tolong extend lagi satu season untuk Pawi," kata @bungalfc.

"Kekal saja di Terengganu, duk peram buat apa, dekat Terengganu minit permainan ada dan TFC memang perlukan khidmat Pawi," kata @aizadoo.

Kehadiran Safawi di Terengganu banyak memberikan impak positif terhadap pasukan dan ramai penyokong berharap agar pemain berketinggian 1.73 meter itu dapat terus kekal bersama pasukan itu untuk musim akan datang.

Namun, keputusan akhir mengenai masa depan Safawi akan ditentukan selepas tamat tempoh pinjamannya pada Jun nanti.

Untuk rekod, Safawi menunjukkan prestasi yang mengagumkan sepanjang tempoh pinjamannya bersama Terengganu.

Dalam 32 perlawanan yang dilalui, Pawi telah meledak 17 gol dan memberikan tiga hantaran bantuan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram