
PEMILIK Buriram United, Newin Chidchob, melaungkan keyakinan buat pasukannya mara ke peringkat suku akhir menjelang perlawanan timbal balik pusingan 16 Liga Juga-Juara Asia Elit (ACLE) berdepan Johor Darul Ta'zim (JDT), di Stadium Sultan Ibrahim, Johor pada Selasa (11 Mac).
Dia turut optimis pasukannya mempunyai resepi untuk menjinakkan skuad kendalian Hector Bidoglio susulan sudah dua kali berdepan JDT sebelum ini.
"Hari ini, tidak akan berakhir seperti dua aksi terdahulu dan akan ada pemenang yang akan mara.
BACA LAGI: 'Jangan cederakan permata kami', Yazan Al-Arab kini jadi pujaan di Seoul lepas ‘dibuang’ Liga M
BACA LAGI: Ayah pernah kutuk tak mampu layak ke Piala Dunia, ex kiper Inter Milan kini sah milik Indonesia
"Kami datang ke sini dengan misi membunuh Harimau di sarang Harimau. Jika anda tidak berjaya, anda tidak akan menang dan itu bermakna kita perlu menamatkan perjalanan kita dalam kempen ACLE 2024/25 di sini.
"Saya tahu ia sukar tetapi saya perlu melakukannya, ia juga berisiko tetapi perlu berjuang dan bertarung sekuat tenaga.
"JDT adalah harimau yang menjaga gua. Dengan bahaya di sekeliling dan didorong sorakan penyokong yang membuatkan mereka sentiasa garang apabila berada dalam gua. Bersedia untuk menghancurkan setiap pelawat dalam setiap pasukan.
"Tetapi hari ini, pasukan pelawat adalah Buriram United, yang telah berdepan dengan Harimau ini dua kali sebelum ini.
"Kami tahu cara untuk menundukkan Harimau ini dan kami tahu menjinakkan Harimau yang garang ini ini supaya menjadi Harimau yang jinak.
"Perlawanan hari ini (Selasa) akan menjadi aksi terbaik dalam bola sepak di Asean, dan pasukan lebih baik akan melangkah ke peringkat seterusnya." katanya di laman Facebook kelab itu.
Bukan sahaja di Malaysia aksi timbal balik Pusingan 16 ACLE itu pastinya menjadi tumpuan penyokong di Thailand kerana ia melibatkan pertembungan dua gergasi di Asia Tenggara.
Aksi antara JDT-Buriram United dijadualkan berlangsung pukul 8 malam di Stadium Sultan Ibrahim pada Selasa (11 Mac). — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram