'Jangan cederakan permata kami', Yazan Al-Arab kini jadi pujaan di Seoul lepas ‘dibuang’ Liga M


  • Podium
  • Selasa, 11 Mac 2025

Yazan telah tampil dalam 16 perlawanan bersama FC Seoul sejak Julai 2024. — Agensi

 

 

NAMA pertahanan Jordan, Yazan Al-Arab terus meraih pujian daripada penyokong-penyokong bola sepak di Korea Selatan selepas berjaya mempamerkan aksi terbaik ketika bersama FC Seoul.

Prestasi meningkat naik Yazan itu bejaya memikat hati pihak pengurusan FC Seoul untuk terus mengekalkannya di bumi Korea Selatan bagi saingan musim baharu K-League bersama-sama Jesse Lingard.

Selain itu, nilai pasaran semasa Yazan terus meningkat kepada €700,000 (RM3.36 juta) berbanding semasa dia menyertai Selangor, €400,000 (RM1.92 juta) pada 2021.

BACA LAGI: 'Fusion' Arif Aiman-Bergson dalam liga perlu diterjemah padam ego Burriram United

BACA LAGI: Ayah pernah kutuk tak mampu layak ke Piala Dunia, ex kiper Inter Milan kini sah milik Indonesia

Ini menunjukkan pertahanan Jordan itu sedang menikmati masa emasnya di Korea Selatan berbanding beraksi dalam kancah bola sepak Malaysia.

Semasa di Selangor, nilai Yazan jatuh sebanyak €50,000 (RM240,000) sebelum dia dihukum tendang keluar beraksi di Liga Super seumur hidup kerana kesalahannya mengasari pengadil.

Pihak pengurusan Selangor mengambil tindakan drastik menamatkan kontrak pemain berusia 29 tahun itu selepas tamat perlawanan menentang Terengganu FC pada 24 September 2024.

Selepas sebulan tiada kelab, Yazan dipinang kelab Iraq, Al-Shorta SC selama tiga bulan sebelum menyertai Muaither SC di Qatar.

Cemerlang di Piala Asia 2023 sehingga berjaya membawa Jordan beraksi di pentas final, Yazan menerima tawaran untuk menyertai FC Seoul pada Julai 2024.

Sejak daripada itu, Yazan tidak lagi menoleh ke belakang dan kini sedang menjadi dambaan penyokong-penyokong FC Seoul di Korea Selatan.

Yazan yang mendapat panggilan antarabangsa bersama Jordan bagi Kelayakan Piala Dunia 2026 telah menerima banyak mesej daripada penyokong FC Seoul yang tidak mahu dia mengalami kecederaan kerana merupakan aset penting pasukan.

 

 

 

Dalam ruangan posting media FC Seoul, penyokong FC Seoul berpendapat Yazan merupakan permata bagi pasukan mereka tetapi tidak buat pihak lawan.

"Permata pasukan kami tapi bukan musuh setakat ini, tolong jangan cedera (perlawanan antarabangsa) dan lakukan yang terbaik," kata Lee J2.

"Yazan, saya harap awak tidak mengalami kecederaan dan semoga selamat tiba ke destinasi," ujar Juliaa 0414.

"Saya harap Yazan kami tidak cedera dan jaringkan gol, tapi apa-apa pun Korea akan menang," jelas Dong Hyeon.

Melihat kepada prestasi semasa Yazan yang terus meningkat, ruginya penyokong Selangor terpaksa melupakan khidmat bek tengah Jordan itu kerana hukuman mengasari pengadil perlawanan pada 2024. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram