Sekali lagi layak ke Asia, pengaruh Kinoshi mampu bawa Hiroki Sakai sertai Selangor


  • Podium
  • Ahad, 09 Mac 2025

Sakai merupakan tonggak utama Jepun sejak 2011 sehingga 2022. — Agensi

SELANGOR FC mengesahkan status naib juara Liga Super 2024 selepas mudah menewaskan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) 7-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Selangor pada Sabtu (8 Mac).

Ia sekali gus memberikan tiket buat skuad kendalian Katsuhito Kinoshi untuk beraksi di pentas Asia pada musim depan.

Selepas tamat perlawanan, Kinoshi meluahkan hasratnya untuk membawa Selangor terbang lebih tinggi di pentas Asia pada musim depan.

BACA LAGI: Perlu beri ruang bintang lebih berkualiti ke Asia, Selangor wajar pertimbang singkir 4 'deadwood'

BACA LAGI: 'Cklamovski tak akan beri jalan mudah buat pemain kebangsaan'

Pengendali kelahiran Jepun itu mahu pemain-pemainnya keluar daripada zon selesa di Liga Malaysia dengan mencabar pasukan lebih ampuh di pentas Asia nanti.

Dengan pelbagai khabar angin telah dikaitkan dengan Selangor berkenaan kemasukan pemain baharu.

Adakah ini masa sesuai buat Kinoshi untuk menggunakan pengaruhnya dalam memancing bekas kapten Jepun, Hiroki Sakai untuk mengetuai cabaran Selangor di pentas Asia musim depan? 

 

Pemain berusia 35 tahun itu antara bintang yang pernah mencipta nama di Eropah bersama kelab Perancis, Olympique Marseille selama lima tahun sebelum kembali ke Jepun pada 2021.

Pengalaman Sakai di pentas Eropah dan kejohanan berpestrij antarabangsa bersama Jepun tidak boleh dipandang mudah oleh pihak pengurusan Selangor.

Sakai mempunyai pengalaman beraski di Liga Juara-Juara Eropah (UCL), Liga Eropah (UEL) dan Liga Juara-Juara Asia (ACL) bersama Kashiwa Reysol sebelum dia terbang ke Eropah.

 

 

Sebagai pemain pertahanan, Sakai telah merekodkan 16 gol dan 38 bantuan jaringan dalam 470 penampilan kariernya.

Rekod bantuan jaringan itu membuktikan Sakai mempunyai kemampuan untuk membantu barisan serangan meraih jaringan.

Kinoshi yang sudah memulakan kariernya sebagai jurulatih dalam Liga Jepun sejak 2003 pastinya tahu akan corak permainan yang dimiliki Sakai semasa beraksi bersama Kashiwa Reysol. 

 

Faktor bahasa juga akan memudahkan Kinoshi untuk memberikan arahan kepada Sakai dalam merencanakan sesuatu taktikal dan membimbing pemain-pemain muda lain.

Menurut laman sesawang Transfermarkt, kini Sakai sedang beraksi di Liga Australia bersama Auckland FC dan merupakan kapten pasukan kelab diwakilinya itu.

Nilai pasaran semasa Sakai ialah €550 ribu (RM 2.63 juta) dan kejayaan terakhirnya pada 2022 yang mana dia membantu Urawa Red Diamonds menjuara Piala Jepun, Piala Super Jepun dan ACL 2021/22. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram