'Keep going Pa, ALLAH tak pernah tidur', status isteri Fadhli Shas bikin fans Sri Pahang berteka-teki


  • Podium
  • Ahad, 09 Mac 2025

Hantaran isteri kepada Fadhli menimbulkan persoalan dalam kalangan penyokong Sri Pahang.

TIMBUL persoalan dalam kalangan penyokong Sri Pahang FC berkenaan hantaran yang dimuat naik oleh pasangan bek tengah Tok Gajah, Fadhli Shas di Instagram baru-baru ini.

Penyokong mula berteka-teki adakah pihak pengurusan Sri Pahang masih belum melunaskan tunggakan gaji pemain sedangkan Liga Super musim ini akan menutup tirainya.

Isteri Fadhli, Effa Liyana mengucapkan terima kasih kepada suami tercinta sambil memuat naik gambar pemain itu sedang beraksi menentang PDRM FC pada Sabtu.

BACA LAGI: Super Schools Rugby 2025: 10 pasukan baharu antara 36 berentap bermula Mei ini

BACA LAGI: Sekali lagi layak ke Asia, pengaruh Kinoshi mampu bawa Hiroki Sakai sertai Selangor

"Biar Allah sahaja yang tahu, Mama jadi saksi. Tahniah Pa, Fadhli Shas. Yang baik semuanya daripada Allah. Keep going Pa, Allah tidak pernah tidur," kata isterinya.

Hantaran tersebut hangat dibincangkan dalam media sosial dengan penyokong mendesak agar pihak pengurusan bertanggungjawab melunaskan gaji pemain.

Menurut Ramadhani Rafiqqi, pemain juga manusia yang memerlukan makan dan minum untuk terus hidup.

"Dia orang perlu makan minum juga, tolonglah guna otak sikit pengurusan Pahang," komennya.

Manakala, Samsul Rizal pula melabelkan pihak pengurusan Sri Pahang masih di takuk yang lama.

"Pengurusan masih di takuk lama dan masih tiada perubahan.

Tangkap layar hantaran Instagram Fadhli.

Wak Doyok pula melontarkan pendapat agar Sri Pahang dibubarkan jika masalah begini terus berlaku.

"Tolonglah bubar pasukan Pahang ini, daripada menganiaya orang. Baik bubar sahaja, dari dulu lagi macam ini," jelasnya.

Cuma di sebalik tanggapan dan pandangan penyokong, tak mustahil hantaran tersebut sebenarnya  juga boleh membawa maksud kepada kemenangan Sri Pahang ke atas PDRM pada Sabtu (8 Mac).

Sri Pahang yang bertandang ke tempat lawan berjaya menewaskan PDRM 3-1 hasil jaringan Stefano Brundo dan Kpah Sherman (dua gol).

Belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak pengurusan Sri Pahang berhubung perkara itu setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram