Badrul Afzan waspada import lawan, sempat pesan lupakan tempat ke-3 jika kalah di tangan The Rhinos


  • Podium
  • Jumaat, 07 Mac 2025

Sebahagian sesi latihan Sang Penyu yang pastinya mahu meraih tiga mata penuh aksi bertemu Sabah FC saingan Liga Super pada Jumaat. — Facebook/TFC

DENGAN hanya empat perlawanan berbaki dalam saingan Liga Super 2024, Terengganu FC (TFC) perlu meraih kemenangan ke atas Sabah FC jika mahu menamatkan saingan musim ini dalam kalangan tiga kelab terbaik.

Ketua Jurulatih TFC, Badrul Afzan Razali berkata, kemenangan bertemu Sabah sangat penting untuk mencerahkan peluang Sang Penyu memintas kedudukan tangga ketiga liga daripada Sang Badak.

Selepas 20 perlawanan, Sabah kini berada di tempat ketiga dengan 35 mata, manakala Terengganu di tempat keempat dengan 31 mata.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Milos dan Assifuah masih ada', Victor Andrag terpaksa panggil semula 8 pemain muda hadapi KL City

BACA LAGI: JDT hitung hari, jaguh kelab China, Korea Selatan pun 'terciduk' di SSI, apatah lagi Buriram United

“Kami mempunyai perlawanan penting seterusnya menentang Sabah. Kami mesti meraih tiga mata penuh untuk mengecilkan jurang.

"Jika kami kalah, peluang untuk berada di tempat ketiga mungkin terlepas begitu sahaja,” katanya.

Ketajaman Safawi Rasid (kanan) ditagih bagi membantu Sang Penyu meraih kemenangan di laman sendiri. Facebook/TFC

Di samping itu, Badrul turut mengingatkan anak-anak buahnya agar tidak leka dengan ancaman Kuching City yang kini berada di tangga kelima dengan 30 mata.

"Kami tidak boleh kalah bertemu Sabah, jika tidak, kami mungkin jatuh ke tempat kelima dalam kedudukan liga,” tambahnya.

Badrul juga menegaskan pemainnya perlu fokus dan berhati-hati dengan formasi taktikal lawan, terutamanya dengan barisan pemain import Sabah yang kuat dan berkualiti di bahagian serangan.

“Kami berharap kemenangan 5-1 ke atas Sri Pahang FC pada 27 Februari lalu dapat memberi kami keyakinan dan kami dapat teruskan momentum kemenangan esok,” katanya.

Walaupun teruja untuk meraih tiga mata penuh, Badrul menekankan bahawa pemainnya perlu sentiasa berwaspada dan mengelakkan kesilapan yang boleh menghukum pasukan.

Terengganu akan melayan kunjungan Sabah dalam perlawanan minggu ke-23 Liga Super yang akan berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Gong Badak, Terengganu pada Jumaat. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram