Tak tercalon TOTW ke-8, JDT tetap boleh berbangga 'selevel' jaguh Jepun


  • Podium
  • Khamis, 06 Mac 2025

JDT tampak sedikit bergelut dengan keadaan padang yang kurang baik, menyukarkan mereka untuk mengatur serangan dari bahagian sayap. — Facebook/JOHORSouthernTigers

JOHOR Darul Ta'zim (JDT) menamatkan perlawanan pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) menentang Buriram United dengan keputusan seri 0-0 di Stadium Chang Arena, Thailand.

Perlawanan yang dianggap 'derbi Asia Tenggara' itu menyaksikan kedua-dua pasukan berusaha keras untuk mendapatkan bekalan selesa menjelang aksi timbal balik pada 11 Mac di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor.

Walaupun JDT menunjukkan disiplin tinggi dan persembahan yang baik, mereka tidak tersenarai dalam Team of the Week (TOTW) berdasarkan penilaian FotMob bagi pusingan kelapan ACLE.

BACA LAGI: 'Kononnya Buriram United kacau gameplay', isu padang punca JDT pulang tangan kosong

BACA LAGI: Wan Zack, bekas bintang Selangor dan JDT antara pemain bantu isteri berniaga sempena Ramadan

Pencapaian JDT menempatkan mereka sebaris dengan pasukan terkemuka dari Jepun, sekali gus mengukuhkan status mereka sebagai antara pasukan terbaik di Asia.

Ini menimbulkan persoalan memandangkan skuad Harimau Selatan memiliki lambakan pemain berkualiti di setiap posisi.

Bagaimanapun, mereka tidak perlu berasa terlalu kecewa kerana secara keseluruhan dalam FotMob, persembahan JDT adalah cukup baik kerana diberi markah 7.2 dengan setanding dengan wakil kelab Jepun, Kawasaki Frontale.

Pencapaian itu menempatkan JDT sebaris dengan beberapa pasukan terkemuka dari Jepun, yang sudah pasti mengukuhkan lagi status mereka sebagai antara pasukan terbaik di Asia.

Malah, dalam penilaian terdahulu, juara bertahan Liga Super itu pernah mempunyai wakil dalam pasukan terbaik mingguan dengan bek tengah, Alvaro Gonzalez merupakan antara yang tersenarai. 

Pemain pertahanan kelahiran Sepanyol tersebut diletakkan dalam TOTW pada pusingan ketujuh dengan statistik 9.2 yang merupakan markah tertinggi, sebaris dengan bintang sayap Brazil, Malcom.

Ini juga menunjukkan bahawa JDT bukan sahaja cemerlang di pentas domestik, tetapi turut mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

Dengan pencapaian ini, JDT semakin menunjukkan bahawa mereka adalah kuasa besar dalam bola sepak Asia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram