
BEKAS pemain sayap berbisa Kedah, Faizal Abu Bakar kini turut memeriahkan bazar Ramadan Pokok Sena, Kedah dengan membuka gerai jualan sempena bulan puasa.
Faizal yang pernah beraksi untuk Negeri Sembilan itu berniaga Puding Agar-Agar dan pelbagai jenis Kek Puding Caramel.
Kehadirannya di bazar Pokok Sena itu menambah warna-warni suasana dan memberikan peluang kepada pengunjung untuk menikmati hidangan istimewa daripada bekas pemain bola sepak terkenal tersebut.
BACA LAGI: Tak tercalon TOTW ke-8, JDT tetap boleh berbangga 'selevel' jaguh Jepun
BACA LAGI: 'Kononnya Buriram United kacau gameplay', isu padang punca JDT pulang tangan kosong
Faizal sebelum ini pernah beraksi buat Kelantan FC, PDRM FC, Melaka United FC, dan Negeri Sembilan FC.
Perkongsian mengenai kehadiran Faizal di Bazar Ramadan Pokok Sena dikongsikan oleh Harimau Malaya di laman Facebook, mengingatkan penyokong tanah air akan kelincahannya di padang bola suatu ketika dahulu.
Semasa aktif sebagai pemain bola sepak, Faizal atau mesra dengan sapaan Sepet itu pernah menerima panggilan skuad Malaysia dari 2010 hingga 2012.
Tempoh itu menyaksikan dia hanya meraih dua penampilan bersama Harimau Malaya.
Meskipun tidak banyak beraksi bersama Harimau Malaya, Faizal mengecapi kenangan manis dengan membantu pasukan itu bergelar juara Piala AFF 2010.
Selain Kedah, Faizal juga pernah beraksi untuk Kelantan FC, PDRM FC, Melaka United FC, dan Negeri Sembilan FC.
Selepas bersara dari dunia bola sepak pada 2020, Faizal kini mengusahakan sebuah akademi bola sepak di Pokok Sena, Kedah. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram