
PERLAWANAN tertunda Liga Super 2024 antara Sri Pahang dan Kuching City FC menyaksikan pasukan pelawat berjaya mencuri tiga mata penuh dalam aksi yang berlangsung di Stadium Temerloh, Pahang.
Sri Pahang dilihat berdepan kesukaran untuk mematahkan benteng pertahanan The Cats yang tampil dengan disiplin bertahan yang mantap.
Kuching City FC yang datang dengan misi memperbaiki kedudukan dalam liga, melancarkan serangan bertali arus ke kubu tuan rumah sejak awal perlawanan.
BACA LAGI: Dulu ligat atas padang, Gopi kini berniaga di bazar Pontian
BACA LAGI: 'Makin selesa, mula sesuaikan diri', CEO dedah Anthony mahu kekal di Real Betis
Sri Pahang menelan pahit apabila tewas kepada The Cats.
Dua jaringan yang dihasilkan oleh Yuki Tanigawa dan Zahrul Nizwan sudah cukup untuk memastikan kemenangan mereka, sekali gus berpeluang untuk mengejar Terengganu FC yang kini menghuni tangga keempat Liga Super.
Walaupun Sri Pahang cuba bangkit di separuh masa kedua, ketangkasan barisan pertahanan Kuching City FC serta kecekapan penjaga gol mereka berjaya menggagalkan sebarang percubaan berbahaya daripada tuan rumah.
Kemenangan itu memberi suntikan semangat kepada Kuching City FC untuk terus bersaing dalam kelompok teratas liga, manakala Sri Pahang perlu segera mencari formula terbaik untuk bangkit dalam perlawanan seterusnya.
Susulan kekalahan di laman sendiri itu, ramai penyokong Tok Gajah berpendapat bahawa Stadium Temerloh kini menjadi titik kelemahan bagi pasukan yang berpangkalan di Pantai Timur tersebut.
“Lubuk terbaik dekat Temerloh,” kata Sahak Single.
“Sri Lubuk FC, siapa nak mata percuma, sila datang ke Temerloh,” kata Syed Reduan Syed Daud.
“Tahniah Sri Pahang, kekalkan lubuk tiga mata di tempat sendiri,” kata Man Cis.
Dalam semua pertandingan musim ini, skuad Tok Gajah sudah mengalami lapan kekalahan di laman sendiri, termasuk ketika bertemu Kuching City FC pada Selasa. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram