
PENGARAH Sukan Terengganu FC, Zul Fadli Rozi menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap pencalonan Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2024/2025 bagi kategori Penjaga Gol Terbaik.
Menerusi laman X, Joe Rozi meluahkan rasa tidak puas hati mengenai pencalonan yang dibuat oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) baru-baru ini.
"Saya tertanya-tanya mengapa tiada penjaga gol dari Terengganu FC, pasukan yang kini menduduki tempat ketiga dengan bolos paling sedikit dalam Liga Super setakat ini.
"Saya rasa kasihan kepada Syed Nasrulhaq Syed Bidin dan Rahadiazli Rahalim, kamu berdua layak mendapat yang lebih baik. Shame on you MFL," katanya.
BACA LAGI: Dulu ligat atas padang, Gopi kini berniaga di bazar Pontian
BACA LAGI: Target juara EPL, legenda Man United kecam angan-angan Ruben Amorim
Isu tersebut turut mendapat perhatian penyokong setia Terengganu FC yang juga tidak berpuas hati dengan pencalonan tersebut.
Mereka turut menyuarakan pendapat yang sama, menyatakan bahawa Terengganu FC merupakan pasukan ketiga dengan bolos paling sedikit, namun tiada penjaga gol dari kelab itu yang tercalon.
"Apa kriteria pemilihan calon Penjaga Gol Terbaik ini? Terengganu merupakan pasukan ketiga paling sedikit bolos tapi seorang penjaga gol pun tiada dalam senarai?," kata BOLA SEPAK TERENGGANU.
"Terengganu macam biasa, dari dulu sampai sekarang, siapa-siapa yang perform bersama TFC, anda tidak akan dapat apa-apa," kata Munzir Zer.
"Bolos Top 3 paling sikit pun tak layak tercalon, anugerah apakah ini," kata Azri Marzuki.
Baru-baru ini, MFL mengumumkan 10 penjaga gol terbaik yang disenarai pendek selepas saringan oleh Jawatankuasa Saringan ABK 2024/25.
Namun, persoalan timbul di kalangan penyokong tempatan mengapa penjaga gol dari Terengganu FC tidak tersenarai, walhal mereka menunjukkan prestasi cemerlang dalam menjaga pintu gawang Sang Penyu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram