
"BAGAI cendawan tumbuh selepas hujan."
Itulah peribahasa sesuai untuk menggambarkan situasi kancah bola sepak di negara ini selepas orang ramai mula menubuhkan akademi bola sepak bagi mencungkil lebih banyak bakat-bakat baharu.
Perkara tersebut didorong selepas melihat kelab-kelab Liga Super sukar untuk melakukannya akibat kekangan kewangan yang tinggi apabila perlu menanggung sehingga empat ke lima skuad.
BACA LAGI: Makin pelik-pelik, Man United cadang tutup 'office', langkah jimatkan kos
BACA LAGI: [VIDEO] 'Mana bagus layak diserap', Mintah beri Cklamovski pilihan variasi, cabar bintang tempatan
Ampang CF baru sahaja menjuarai Juara Liga Komuniti Isma dan juga Juara Piala Liga Komuniti Isma.
Di Lembah Klang sudah ada ratusan kelab atau akademi akar umbi yang berjaya mencungkil bakat-bakat baharu sehingga menjuarai kejuaraan domestik dan antarabangsa.
Antara kelab yang menarik perhatian Majoriti ialah Ampang CF yang baru sahaja menjuarai Juara Liga Komuniti Isma Bawah 8 Tahun.
Menurut Pengurus Ampang CF, Shazwan Razak, 38, idea untuk menubuhkan kelab elit bermula bagi merealisasikan impiannya untuk mengembangkan bakat anak-anak muda di sekitar Ampang selepas sekian lama membesar di kawasan itu.
Pemain-pemain Ampang CF bersama ibu bapa mereka.
"Pada mulanya saya membangungkan akademi bersama MOTA dengan membuka cawangan di Ampang.
"Ini kerana saya bermaustatin di Ampang dari kecil dan impian saya untuk mengembangkan bakat anak-anak di Ampang.
"Saya nampak sudah mula untuk membuka pasukan elit di cawangan Ampang supaya dapat bersaing dengan akademi bola sepak sekitar Ampang yang kian berkembang.
"Jadi dari situ tercetuslah Ampang CF platform untuk pelatih-pelatih Ampang berdaya saing di setiap kejohanan," katanya kepada Majoriti.
Barisan pemain-pemain Ampang CF.
Tambahnya lagi, objektif utama Ampang CF adalah unuk melahirkan pemain dan jurulatih berkualiti tinggi bukan sahaja dalam sukan bola sepak atau futsal tapi berdaya saing dalam pembelajaran seperti bintang-bintang di Eropah.
Shazwan berkata, Ampang CF sangat berterima kasih dengan kepercayaan ibu bapa untuk mempercayai jurulatih-jurulatih di pasukannya bagi membentuk anak-anak mereka.
"Saya patut berterima kasih kepada ibu bapa atas kepercayaan kepada jurulatih di Ampang ini yang mana mereka sentiasa berkongsi kepada ibu bapa lain tentang kualiti latihan di sini yang membuatkan pemain baharu mahu sertai kami.
Ampang CF berjaya memasuki peringkat seterusnya iaitu Liga Juara Juara bagi membolehkan mereka bersaing untuk mendapatkan slot ke Liga FAS.
"Pada masa akan datang, perancangan saya sangat besar untuk menubuhkan pasukan senior, Bawah-23 Tahun dan 18 Tahun bagi menampakkan pemain ada hala tuju," jelasnya.
Untuk rekod, Ampang CF baru sahaja menjuarai Juara Liga Komuniti Isma dan juga Juara Piala Liga komuniti Isma.
Kejuaraan itu bermaksud Ampang CF berjaya memasuki peringkat seterusnya iaitu Liga Juara Juara bagi membolehkan mereka bersaing untuk mendapatkan slot ke Liga FAS pada Julai nanti. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram