Makin pelik-pelik, Man United cadang tutup 'office', langkah jimatkan kos


  • Podium
  • Selasa, 04 Mac 2025

Ratcliffe mencadangkan agar pejabat United di London sebagai langkah penjimatan kos. — Agensi

MANCHESTER United sedang berkemungkinan menamatkan lebih awal perjanjian pajakan selama 10 tahun pejabat mereka di London, Kensington sebagai langkah penjimatan kos terbaharu yang dicadangkan oleh Sir Jim Ratcliffe.  

United berpindah ke Bangunan Kensington kurang daripada dua tahun lalu selepas tamatnya perjanjian sewaan selama 10 tahun di sebuah pejabat lain di Mayfair.

Namun, dengan keputusan Ratcliffe bahawa majoriti kakitangan kelab harus berpangkalan di Manchester, ruang seluas 23,000 kaki persegi itu kini dianggap terlalu besar dan mahal.

BACA LAGI: Man United perlu rekrut jelmaan Roy Keane bantu Ruben Amorim

BACA LAGI: EPL jelaskan insiden kontroversi VAR selamatkan Man United di Everton

Dalam pengumuman "pelan transformasi" minggu lalu yang melibatkan antara 150 hingga 200 pemberhentian pekerja, United komited untuk mengekalkan kehadiran di London, tetapi The Guardian mendapati itu akan melibatkan pencarian premis baharu.

Walaupun pengecilan ruang di pejabat semasa turut dipertimbangkan, difahamkan bahawa perpindahan sepenuhnya selepas dua tahun dalam perjanjian 10 tahun adalah langkah tepat.

Pejabat United di Kensington terletak kurang daripada satu batu dari ibu pejabat Ineos di Knightsbridge, tetapi kemudahan itu tidak mungkin mempengaruhi keputusan Ratcliffe, yang lebih tertumpu menjadikan kelab cekap dari segi kewangan.

Pejabat United di London mungkin ditutup bagi penjimatan kos operasi.

Ratcliffe sering memilih untuk menggunakan pejabat Ineos bagi urusan United sejak membeli 28 peratus saham kelab itu 15 bulan lalu.

Malah, keputusan mengenai masa depan Erik ten Hag sebagai pengurus telah dibuat di satu mesyuarat di Knightsbridge pada Oktober lalu, yang dihadiri oleh pemilik bersama berusia 72 tahun itu, ketua eksekutif, Omar Berrada, bekas pengarah sukan, Dan Ashworth dan pengarah teknikal, Jason Wilcox.

Ten Hag dipecat dua minggu kemudian, dengan Ruben Amorim dilantik sebagai penggantinya tidak lama selepas itu.  

United mencetuskan 'trend' bagi kelab-kelab besar di utara England apabila membuka pejabat di London 15 tahun lalu, langkah yang kemudian diikuti oleh Manchester City, Liverpool, Everton, dan Leeds serta membantu menjadikan mereka kuasa komersial yang besar.

Di bawah kepimpinan bekas pengerusi eksekutif Ed Woodward, kebanyakan kakitangan kanan United berpusat di London termasuk perunding utama perpindahan kelab, Matt Judge.

Pejabat itu juga digunakan untuk menghiburkan pelanggan korporat dan ejen terkemuka dari seluruh dunia.  

Di bawah pengganti Woodward, Richard Arnold, tumpuan United kembali ke Old Trafford dan pusat latihan Carrington, perubahan yang semakin dipercepatkan selepas pelaburan £1.25 bilion (RM7.09 billion) oleh Ratcliffe dalam kelab.

United telah menandatangani pajakan 10 tahun untuk menyewa keseluruhan tingkat atas Bangunan Kensington, yang meliputi 16,000 kaki persegi serta teres atas bumbung seluas 7,000 kaki persegi, sebelum Ratcliffe membeli saham dalam kelab itu pada Mei 2023.

Oleh itu, rundingan semula akan diperlukan yang mana Ineos telah membiasakan diri dengan rundingan semula dalam beberapa bulan kebelakangan ini, kerana syarikat induk Ratcliffe turut berusaha mengurangkan kos di tengah-tengah peningkatan hutang.

Selain pemotongan di United minggu lalu termasuk penutupan kantin staf di Old Trafford dengan makan tengah hari percuma digantikan dengan buah-buahan.

Kotak hospitaliti korporat di Old Trafford dijadikan pejabat sementara.

Ineos juga telah menamatkan kerjasama dengan pasukan Piala Amerika, Sir Ben Ainslie, menghentikan perjanjian penajaan dengan pasukan ragbi New Zealand All Blacks, serta berbincang dengan Tottenham mengenai penamatan awal perjanjian penajaan pasukan berbasikal Ineos Grenadiers dengan kelab itu.  

Dalam e-mel minggu lalu kepada kakitangan yang mengumumkan pelan transformasi, United mengesahkan bahawa akan ada pengurangan jumlah pekerja di ibu kota, dengan sebahagian kakitangan juga dipindahkan dari Old Trafford ke Carrington akibat ruang terhad di stadium.

Perubahan terbaharu itu turut mengikuti perubahan corak kerja terdahulu yang dilaksanakan oleh Ratcliffe, termasuk larangan bekerja dari rumah yang menyebabkan beberapa kotak hospitaliti korporat di Old Trafford dijadikan pejabat sementara pada hari bukan perlawanan kerana kekurangan ruang. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram