
KEPUTUSAN pemain sayap Brazil, Antony meninggalkan Manchester United dan menyertai Real Betis secara pinjaman pada jendela perpindahan musim sejuk membuahkan hasil positif.
Penampilan pertamanya dalam La Liga menyaksikan Antony meraih anugerah pemain terbaik perlawanan setelah pasukannya membawa pulang satu mata penting dalam pertemuan dengan RCD Mallorca pada 3 Februari lalu.
Rentak cemerlangnya diteruskan ketika berdepan Celta Vigo lima hari kemudian, apabila dia menjaringkan gol pertama buat kelab baharunya. Namun, gol tersebut tidak dapat mengelakkan pasukannya daripada mengalami kekalahan.
BACA LAGI: [VIDEO] 'Nafikan sepakan percuma Ronaldinho', Azmin Azram rupanya sempat minta tip legenda Selangor
BACA LAGI: Dulu ligat atas padang, Gopi kini berniaga di bazar Pontian
Antony (kiri) tidak mendapat tempat sejak kehadiran Ruben Amorim. — Agensi
Pemain sayap kelahiran Brazil itu tampil cemerlang ketika dipinjamkan keluar dari Manchester United dengan meledak dua gol dan mencatat dua bantuan jaringan dalam lima penampilan La Liga bersama Real Betis.
Pemain sayap Man United itu juga menjadi bintang dalam kemenangan 2-1 ke atas Real Madrid, sekali gus memenangi hati peminat di Sepanyol.
Anthony yang berusia 23 tahun itu dijangka akan kembali ke Manchester United pada musim panas nanti.
Namun, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Real Betis, Ramon Alarcon mendedahkan bahawa pemain sayap Man United itu mahu kekal bersama kelab Sepanyol untuk satu musim lagi.
"Baru-baru ini, Antony memberitahu saya bahawa dia mahu kekal selama setahun lagi.
"Pemain ini sangat selesa di Real Betis dan terkejut dengan kemudahan yang kami berikan untuk membantunya menyesuaikan diri sebaik sahaja tiba," kata Alarcon kepada stesen televisyen Andalusia, Canal Sur. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram