Target juara EPL, legenda Man United kecam angan-angan Ruben Amorim


  • Podium
  • Isnin, 03 Mac 2025

Man United terpaksa menelan pahit apabila tersingkir dalam saingan Piala FA selepas tewas 3-4 dalam penentuan sepakan penalti di tangan Fulham.

LEGENDA Manchester United, Wayne Rooney menyifatkan Ruben Amorim sebagai ‘naif’ kerana menyasarkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama kelab itu.

Rooney, yang juga penjaring terbanyak dalam sejarah United mempertikaikan kenyataan Amorim ketika pasukan itu kini berada di tangga ke-14 liga, 34 mata di belakang pendahulu Liverpool FC dan hanya 16 mata di atas zon penyingkiran.

Man United turut tersingkir daripada saingan Piala FA selepas tewas kepada Fulham menerusi penentuan sepakan penalti dengan keputusan 3-4 selepas seri 1-1 di Old Trafford pada Ahad.

BACA LAGI: Dulu ligat atas padang, Gopi kini berniaga di bazar Pontian

BACA LAGI: JDT tak cukup kuat? Pemilik Buriram United mungkin tunggu masa telan kata-kata sendiri

Legenda Man United, Wayne Rooney.

Namun, Amorim menegaskan bahawa kegagalan itu tidak mengubah matlamat jangka panjang mereka untuk meraih kejayaan domestik.

Kenyataan itu mencetuskan persoalan daripada Rooney mengenai angan-angan pengendali United tersebut.

Bagaimanapun, Amorim menegaskan bahawa pasukannya tidak seharusnya mengubah sasaran mereka.

“Saya rasa agak naif untuk mengatakan mereka menyasarkan kejuaraan Liga Perdana kerana dengan keadaan mereka sekarang, mereka masih jauh dari itu.

“Saya fikir Amorim akan diberi masa, tetapi ini bukan satu tugas yang mudah kerana dia pasti mengharapkan sesuatu yang lebih baik daripada Man United sejak dia mengambil alih.

“Dia bercakap tentang menjuarai Liga Perdana... tetapi bagaimana mereka boleh bersaing dengan prestasi The Red Devils sekarang? Langkah pertama buat mereka adalah untuk memperbaiki kedudukan dalam liga,” kata Rooney. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram