'Masih rindu', bekas import sedia bantu Selangor cari bakat Argentina


  • Podium
  • Isnin, 03 Mac 2025

Ketumpulan jentera serangan Selangor terbukti selepas terikat tanpa jaringan menentang Sabah FC dalam saingan Liga Super baru-baru ini. — Facebook/Selangorfc

BEKAS penyerang import Selangor, Brian Diego Fuentes yang pernah membantu Gergasi Merah meraih treble pada musim 2005 menyatakan kerinduannya terhadap pasukan tersebut.

Bukan itu sahaja, bekas penyerang berbisa Gergasi Merah itu turut menyatakan kesediaannya untuk membantu dalam usaha mencari bakat baharu bagi memperkukuhkan skuad.

Menerusi satu hantaran yang dikongsikan oleh Otai SFC di Facebook, penyerang berbisa dari Argentina itu menyatakan hasratnya untuk membantu Selangor FC mendapatkan pemain import berkualiti dari negara kelahirannya, bagi mengukuhkan jentera serangan dan pertahanan pasukan yang kini berdepan cabaran prestasi.

BACA LAGI: Dulu ligat atas padang, Gopi kini berniaga di bazar Pontian

BACA LAGI: JDT tak cukup kuat? Pemilik Buriram United mungkin tunggu masa telan kata-kata sendiri

Nama Fuentes mungkin tidak begitu dikenali di peringkat global, namun bagi penyokong setia Selangor, warga Argentina itu dianggap sebagai legenda.

“Sentiasa merindui zaman bersama Selangor, saya sedia membantu mencari pemain import berkualiti dari Argentina,” kata Fuentes menerusi aplikasi Messenger ketika menjawab soalan daripada ‘ekor’ Gergasi Merah.

Fuentes, yang pernah menyarung jersi nombor 10 sama seperti legenda Gergasi Merah, Allahyarham Mokhtar Dahari, dikenang sebagai pemain yang rajin, laju dan memiliki komitmen kerja luar biasa dalam setiap perlawanan yang disertainya.

Sepanjang sejarah bola sepak Selangor, The Red Giants pernah mempunyai barisan serangan berkualiti dengan kehadiran bintang seperti Fuentes, Bambang Pamungkas dan Elie Aiboy yang meninggalkan impak besar dalam kejayaan pasukan.

Dengan kesediaan Fuentes untuk membantu mencari bakat dari Argentina, harapan kini terarah kepada Selangor FC untuk mendapatkan pemain berkualiti yang mampu mengembalikan kegemilangan pasukan serta memperkukuhkan barisan serangan dan pertahanan mereka bagi menghadapi saingan musim ini.

Nama Fuentes mungkin tidak begitu dikenali di peringkat global, namun bagi penyokong setia Selangor, warga Argentina itu dianggap sebagai legenda.

Statusnya sebagai ikon pasukan diperoleh selepas membantu Selangor meraih treble bersejarah dalam Liga Perdana, Piala FA, dan Piala Malaysia pada 2005. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram