'Aku penyokong Selangor, tapi Castillejo ke JDT benda special'


  • Podium
  • Jumaat, 28 Feb 2025

JDT menandatangani Castillejo bagi memperkuatkan skuad Harimau Selatan di saingan ACLE. — JDT

IMPAK perpindahan Samu Castillejo ke Johor Darul Ta'zim (JDT) ternyata menggegarkan kancah bola sepak Asia disebabtkan status pemain berusia 30 tahun itu pernah mewakili kelab gergasi Itali, AC Milan.

Perpindahan Castillejo itu bukan sahaja menggegarkan bola sepak Asia tetapi ia juga menarik minat penyokong seteru, Selangor FC untuk mengulas lebih lanjut mengenai pemain sayap tersebut.

Menurut pemerhati bola sepak, Renz Nazario, Castillejo merupakan pemain kesukaan Diego Simone meskipun pemain kelahiran Sepanyol itu tidak pernah mewakili Atletico Madrid.

BACA LAGI: Dulu saing di Portugal, 3 bekas rakan Safawi cipta nama bersama kelab elit Eropah

BACA LAGI: Seri atau kalah, Selangor tetap pilihan naib juara Liga Super — Irfan Bakti

Tambahnya lagi, walaupun Castillejo mengalami penurunan prestasi dia masih menjadi solusi jangka pendek buat kelab yang disertainya.

"Gila JDT ini, betul-betul nak jadi juara Asia ini, Samu Castillejo itu, 'big name player' dekat Eropah dulu ini, dia ini laju, 'skillful' punya 'player', 'gameplay' dia hampir sama dengan Lucas Paqueta di West Ham.

"Dekat Malaga dulu 'prime' dia, tapi lepas itu merundum tapi masih boleh jadi solusi besar untuk kelab macam yang dia bagi untuk Villarreal dengan Valencia.

"Castillejo ini 'one of the most favourite' pemain Diego Simeone yang tak pernah main untuk Atletico pun.

"Hari ini JDT dapat bawa masuk dia ini, nampak Johor nak ke arah budaya 'pak arab' punya kelab dah ini.

"Kalau macam ini punya gaya, ACLE memang JDT punyalah," katanya dalam Facebook.

Nazario yang mengakui dia merupakan penyokong Selangor turut merasakan perpindahan Castillejo itu antara momen istimewa buat kancah bola sepak tempatan.

"Dia ini 'versatile' kiri kanan boleh pakai, Arif Aiman tak akan terganggu sangat, persaingan sihat untuk dia sambil belajar lagi untuk jadi lebih mantap selepas ini, keliling dia semua 'top player' ini.

"Castillejo ini pernah dapat 'prime' dia balik dekat 'first season' dia dengan AC Milan, Gattuso yang bawa dia ini masuk Milan pasal dia bagus dekat Valencia, tapi hujung-hujung dia jadi 'lord' selepas Gattusso dipecat.

"Walaupun aku penyokong Selangor tapi Castillejo pergi JDT ini satu benda yang special," ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram