
PEMAIN tengah kelahiran Croatia, Marin Pilj sah tidak lagi bersama Terengganu FC selepas menamatkan kontrak yang dipersetujui bersama pada November lalu.
Selepas meninggalkan pasukan yang berpangkalan di Pantai Timur itu, Pilj mengambil keputusan untuk menyertai kelab divisyen kedua Croatia, NK Vukovar.
Dalam perlawanan kedua bersama kelab barunya, Pilj berjaya mencetak gol pada minit ke-35 untuk memberi kelebihan kepada pasukannya menentang Bijelo Brdo.
BACA LAGI: Kelompok pertengahan liga tetap jadi sasaran Perak FC berbaki 4 aksi lagi
BACA LAGI: 'Beri ruang kepada JDT hadapi cabaran ACLE', aksi final Piala Malaysia pada 12 April
Jaringan cantik itu dikongsikan di laman rasmi Instagram kelab, hnkvukovar1991 yang menyaksikan Pilj mudah menewaskan penjaga gol lawan.
Dalam video berdurasi 51 saat tersebut, kecekapan dan ketangkasan Pilj jelas terserlah ketika dia memanfaatkan situasi getir yang mana pihak lawan cuba mengeluarkan bola dari kawasan berbahaya.
Bagaimanapun, pasukan lawan berjaya menyamakan kedudukan pada babak kedua.
Kejayaan itu menjadi bukti kemampuan Pilj dalam menjaringkan gol, sekali gus menutup sebarang keraguan mengenai potensi pemain berketinggian 1.65 meter itu selepas meninggalkan Sang Penyu.
Untuk rekod, Pilj menjadi pemain import kedua yang meninggalkan skuad Peteh.
Sebelum ini, Terengganu memutuskan untuk menamatkan kontrak secara persetujuan bersama dengan bek tengah Belanda, Matthew Steenvorden.
Sepanjang tempoh bersama Sang Penyu, Pilj tampil cemerlang dengan mencetak dua gol dan satu bantuan gol dalam 16 penampilan dalam semua perlawanan musim lalu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram