'Macam berjanji,' 4 aksi Liga Super raih keputusan seri termasuk kelab Borneo


  • Podium
  • Ahad, 23 Feb 2025

Dalam saingan Liga Super baru-baru ini, empat perlawanan berakhir dengan keputusan seri. — Facebook/MFL

PERCAYA atau tidak, saingan Liga Super 2024 baru-baru ini pasti meninggalkan kenangan yang sukar dilupakan oleh penyokong tempatan. 

Ini kerana, berdasarkan jadual perlawanan liga, penyokong disajikan dengan keputusan-keputusan yang amat mengejutkan.

Dalam saingan Liga Super baru-baru ini, empat perlawanan berakhir dengan keputusan seri.

BACA LAGI: 'Turun ke Liga Perdana beri peluang Kedah sembuh'

BACA LAGI: [VIDEO] Penganjur kejohanan bola sepak amatur di Ipoh lesap, 40 kelab termasuk dari Indonesia terjejas

Kejadian itu memberi gambaran seolah-olah ada suatu perjanjian tidak rasmi antara pasukan-pasukan tersebut kerana masing-masing gagal untuk mencatat kemenangan.

Oleh itu, Majoriti menyenaraikan empat perlawanan yang melibatkan lapan pasukan liga.

1) Keputusan seri 1-1 

Keputusan seri 1-1 mungkin biasa didengar dalam saingan liga domestik, namun berbeza dalam saingan Liga Super baru-baru ini apabila dua kelab meraih keputusan yang sama hanya selang lima hari aksi berlangsung.

Pada Jumaat minggu lalu (16 Februari), perlawanan antara Penang FC dan Kuching City FC berakhir dengan keputusan seri 1-1.

Aksi yang berlangsung di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang itu menyaksikan dua gol dijaringkan oleh pemain Harimau Kumbang, Alif Ikmalrizal Anuar dan penyerang The Cats, Jordan Mintah.

Dua pasukan mencetak keputusan seri 1-1. — Facebook/MFL

Keputusan seri 1-1 itu juga berlaku pada Jumaat (21 Februari) dalam perlawanan di Stadium Likas, Sabah.

Sabah FC terpaksa berpuas hati dengan keputusan sama apabila mereka seri 1-1 dengan Kuala Lumpur City FC dalam perlawanan yang penuh sengit.

Pemain sayap The Rhinos, S Kumaahran dan Haqimi Azim masing-masing menjaringkan gol untuk pasukan mereka.  

Dengan kedua-dua perlawanan berakhir dengan keputusan yang sama, ia menambahkan lagi kehangatan saingan Liga Super yang semakin kompetitif.

2) Keputusan seri 2-2

Perlawanan penuh dramatik antara Sabah FC dan Sri Pahang berakhir dengan keputusan 2-2 pada Jumaat minggu lalu.

Aksi yang berlangsung di Stadium Likas itu menyaksikan empat gol dijaringkan, termasuk dua gol daripada penalti Darren Lok.

Sementara dua lagi gol disumbangkan oleh pemain Sri Pahang, Adam Nor Azlin dan Kpah Sherman.

Perlawanan antara Sabah FC dan Sri Pahang turut mencetak keputusan seri 2-2 sama dengan aksi Terengganu dan Kuching. — Facebook/MFL

Menariknya, keputusan seri 2-2 itu turut tercetak di Stadium Sultan Zainal Abidin, Gong Badak, Terengganu selang lima hari kemudian.

Dalam pertemuan antara Terengganu FC dan Kuching City FC, kedua-dua pasukan berjaya menyumbat dua gol, dengan Manuel Ott dan Ismaheel Akinade mencetak gol untuk Sang Penyu.

Sementara itu, Jordan Mintah dan Petrus Shitembi pula menjaringkan gol untuk The Cats. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, Instagram dan Telegram