
BAKAL penyerang Harimau Malaya, Fredy Druijf dicadangkan untuk menyertai kelab utama Eredivisie (Liga Belanda), FC Groningen selepas pulih daripada kecederaan lutut.
Media antarabangsa, Voetbalprimeur mencadangkan agar FC Groningen merekrut Druijf yang kini bergelar ejen bebas selepas kontraknya ditamatkan oleh SK Rapid Vienna pada 5 Februari lalu.
Sebelum itu, Druijf dipinjamkan beraksi bersama PEC Zwolle yang mana kali terakhir dia beraksi dalam perlawanan profesional pada Januari 2024 lalu.
BACA LAGI: Ikut jejak Akhyar Rashid, khabarnya Haziq Nadzli tinggalkan JDT lebih awal
BACA LAGI: Bersama JDT, duo bintang Selangor pernah julang Piala Cabaran sebelum sertai Gergasi Merah
Dalam satu sesi audio siar #DoneDeal yang dikeluarkan oleh Voetbalprimeur, Druijf disebut sesuai untuk menyertai FC Groningen yang ketika ini bersaing di liga utama Belanda.
"FC Groningen sangat sesuai untuknya (Ferdy Druijf)," kata segmen audio siar #DoneDeal itu.
FC Groningen kini berada di kedudukan kelapan Eredivise dengan mengutip 27 mata selepas 23 perlawanan musim ini dan bersaing hebat untuk mengakhiri saingan di tempat terbaik.
Terdahulu, nama Druijf menjadi bualan hangat dalam kalangan peminat selepas pemerhati sukan, Zulhelmi Zainal Azam melaporkan proses dokumentasi pemain itu sudah selesai.
"Dokumentasi seorang pemain warisan negara sudah selesai.
"Posisi penyerang difahamkan Ferdy Druijf yang kini turut bergelar ejen bebas setelah kontraknya bersama SK Rapid juga sudah ditamatkan," katanya
Namun sehingga kini, masih tiada pengumuman rasmi daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenai khabar angin berita Druijf bakal menyarung jersi Harimau Malaya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram